Showing posts with label ✿Album Gambar ✿. Show all posts
Showing posts with label ✿Album Gambar ✿. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

Dari Atas Langit

SK Nanga Ju, Julau is a small school. Kerajaan tidak pernah lupa akan kepentingan pendidikan untuk masyarakat pedalaman di Sarawak. Sekolah ini merupakan bukti komitmen kerajaan yang sentiasa membantu rakyat untuk terus maju dan keluar dari dunia kemiskinan. Mungkin masyarakat di sini tidak merasakan kehidupan mereka miskin tetapi di mata kerajaan mereka merupakan masyarakat yang perlukan perhatian terutamanya dalam membentuk masyarakat yang moden.

Sekolah ini tidak memiliki banyak kemudahan seperti sekolah sekolah di bandar. Pegawai-pegawai yang berkhidmat di sekolah ini mencuba yang terbaik untuk memberi perkhidmatan untuk masyarakat dan anak bumi kenyalang di dunia pedalaman.

Seramai 29 orang murid telah didaftarkan pada awal januari 2016. Seramai 13 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini.

Kedudukan sekolah ini yang berhampiran dengan hutan simpan santuari hidupan liar menjadikan ia merupakan sebuah sekolah yang menarik untuk dikunjungi. Namun tidak ramai yang sengaja untuk melancong atau menikmati suasana di sekolah ini kerana perjalanan melalui sungai untuk tiba ke sekolah ini memakan masa sekitar 4 hingga 9 jam bergantung kepada cuaca dan keadaan air.

Berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil oleh paramedic udara Kementerian Kesihatan Malaysia. Gambar ini telah dikongsikan oleh guru besar di dalam group whatsapp sekolah. Thanks Cikgu Amin @ Mamin Bin Chek.

- Penulisan santai.
- Bahasa pasar.

Sunday, March 6, 2016

Suasana kelas semasa minggu ujian

Suasana Minggu Ujian Bulan Mac. Berikut merupakan keadaan kelas semasa minggu ujian. Guru membimbing murid sebelum memulakan ujian. Kebanyakannya menggunakan format baru. Format KSSR merupakan format yang menguji semua kemahiran murid dalam sesuatu matapelajaran dengan menerapkan soalan berfikir aras tinggi.

Wednesday, March 2, 2016

Suasana perhimpunan Februari

Inilah suasana perhimpunan pada bulan Februari. Suasana redup menandakan musim hujan belum tamat.

Monday, August 10, 2015

Perjuangan pendidik Sekolah pedalaman.

9 Ogos 2015 (Ahad)- Perjalanan ke sekolah hari ini sememangnya penuh dengan cabaran. Bukan semua orang berpeluang untuk menikmati pekerjaan bertali leher namun berpeluang juga mengembara di dalam hutan seperti dalam cerita pengembaraan di pangung wayang. Perjalanan hari ini sangat baik kerana tiada hujan dan redup. Dalam hati ini tiada kerisauan kerana aku ditemani Cikgu Darus anak kelahiran Kelantan.

Hari ini kami terkejut kerana terserempak dengan satu pemandangan yang menyentuh jiwa. Tak sangka ini yang mereka lalui selama ini. Berjalan kaki selama 2 jam demi menimba ilmu. Perasaan di hati mengunci mulutku, biarlah ku membantu mereka walaupun terpaksa berulang alik. Ku lihat wajah cikgu Darus, dia juga merasakan apa yang aku rasa sambil dirinya menganggukkan kepala. Biarkan gambar berbicara. - Chrisroyston B

Meredah belantara

Sesuatu yang tak terduga

Melihat mereka sedang berjalan

Ada yang berkaki ayam


Si kecil menghampiriKu

Kelihatan Wajahnya.. keletihan.

Jom cikgu..

Mari bawa mereka ni ke sekolah!


Nantikan episod yang akan datang.

Thursday, August 6, 2015

5 Gambar Kisah Anak Pedalaman

Salam sejahtera kepada anda yang sedang meninjau blog bersahaja dari Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Kali ini kami ingin berkongsikan beberapa gambar yang bertemakan wajah anak pedalaman. Wajah inilah yang bakal mencorak masa hadapan dunia kelak. Sedar atau tak, kita tidak harus lalai dalam mencurahkan ilmu kepada mereka. Berikan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Tiada alasan untuk kita menidakkan apa yang dinikmati oleh murid-murid di bandar kepada mereka di pedalaman. Kemajuan dunia pendidikan sebaik-baiknya dinikmati bersama tanpa mengira lokasi sesebuah sekolah. Sekian.

Masa untuk belajar

Keseronokan dalam proses belajar.

Berdikari

"Baju Bibi basah." Kata Florence Bibi

Permainan di waktu lapang.

BERJAYA DAFTAR: BONUS + Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2015

Admin telah berjaya mendaftarkan blog ini untuk menyertai pertandingan...

Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2015!!

Walaupun line sangat perlahan di sekolah ini, namun kita berjaya juga mendaftarkan blog ini. Kini kita hanya menunggu maklum balas dari pihak yang menganjurkan pertandingan ini.

  Untuk sebarang maklumat sila layari:

http://edublogpict.blogspot.com/

 

Bonus. Gambar terbaik sepanjang tahun dari Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau.

 
Ronnie dan sepupunya

Tommy termenung merasakan hangatnya pijaran mentari.

Belajar Sains di luar kelas.

Komunikasi dan ABM yang sesuai

Terima kasih KKM.

Misteri alam dunia sungai.

Sunday, March 15, 2015

Firedrill Siri 1 ( 2 mangsa )

06 Mac 2015 - Sunyi sepi malam telah dikejutkan dengan bunyi loceng selama 1 minit dan kepulan asap buatan telah menjadikan suasana lebih realistik. Kelihatan murid-murid berlari dan menjerit menyebut api! Sememangnya malam ini merupakan malam yang tidak mereka duga adanya firedrill . Semua murid berkumpul di padang dalam masa kurang dari 45saat... KECUALI 2 orang murid lelaki yang tidur mati...












Setelah aktiviti dijalankan, warden telah menjalankan sedikit refleksi bersama dengan murid dibantu oleh PPM. Untuk pengetahuan semua, PPM tersebut telah merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Warden hanya membatu. En. Akeng telah banyak memberi buah fikiran untuk mempelbagaikan aktiviti di asrama. Thanks kepada beliau.

PPM bertugas : En. Akeng
Sumber gambar : En. Fadherulhisyam a.k.a Cikgu Darus
Warden bertugas : En. Jorge Gonzelez & En. Chrisroyston Bakum
Guru membantu : En. Clarence Casey

Tuesday, March 3, 2015

25 / 03 / 2015 Bengkel PPPB

En. Amin @ Mamin ( Guru Besar SK Nanga JU ) menjadi speaker untuk program yang amat penting ini. Beliau telah berkongsi akan cara dan perkara untuk menyedia PPPB ( Profil Pembangunan Profesional Berterusan). Misi minggu ini adalah menwujudkan fail dan muka depan. Dari masa ke semasa, guru / pegawai hendaklah mengisi maklumat yang dikhendaki.

Isi fail adalah terdiri dari:
1. Peranan dan Tanggungjawab.
2. Pelan Pembangunan
3. Sumbangan Kepada Organisasi
4. Bahan Bukti P & P.
5. Anugerah / Pencapaian
6. Kepimpinan / Penilaian P & P

Berikut merupakan gambar semasa bengkel sedang dijalankan di Dewan Makan Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau.










Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular