Thursday, January 7, 2016

Tahun Baru 29 Orang Murid

Selamat tahun baru kepada semua. Jika dilihat dari kalendar Cina, tahun ini tahun Monyet. Harap tahun ini lebih aktif dan ceria untuk bangkit lebih tinggi dari tahun tahun sebelumnya. Dengarkan celoteh aku..haha.

Okay, tahun ini murid tak banyak seperti tahun lepas. Cabaran mengendalikan kelas tak terlampau sukar namun usaha nak memotivasika  murid-murid sememangnya amat dirasai. Ramai yang berpendapat murid sikit ni senang. Berdasarkan pengalaman dan perbincangan bersama guru vateran. Murid yang sedikit cenderung untuk hilang motivasi dalam bersaing.

Bayangkan kelas itu ada 3 orang murid. Sistem kita telah mengajar untuk mengejar gred yang baik atau sekurang-kurangnya lulus. Namun, masyarakat adakalanya melihat kedudukan di dalam kelas lebih penting. Disinilah tanggungjawab PIBG mendidik penjaga untuk mengutamakan gred bukannya kedudukan di dalam kelas. Murid 3 orang, semua confirm dapat nombor 1, 2 & 3. Hehe..

Dicadangkan agar lebih banyak lawatan dijalankan untuk kelas tahap 2 agar mereka dapat melihat tahap akedemik murid-murid di sekolah lain. Sebab mereka di sini kurang pendedahan terhadap dunia luar. Guru boleh memberi 120% usaha, namun jika murid memilih untuk tidak berusaha, kejayaan itu kelihatan kabur.

Kita harus berusaha memupuk dan berusaha untuk membuka minda dan minat murid-murid pedalaman. Mereka adakalanya tak yakin bahawa akedemik dapat mengubah hidup mereka. Bagi mereka, hutan ini adalah segala-galanya sehinggakan kita dianggap pembasmi minda mereka. Mereka sudah cukup selesa hidup bermain di sungai dan hutan, apa lagi mendapat makanan percuma di sekolah adalah suatu yang amat mewah di sini.

Kita cuba yang terbaik untuk menarik minat mereka. Supaya mereka berusaha untuk menjadi generasi yang mampu menjadi sumber manusia kepada negara kita. Merekalah asset yang berharga.

Aku seronok berkhidmat di sini. Apa yang istemewa dengan murid-muridnya? Sangat mesra.. anda akan merasakan bahawa mereka seperti kawan. Murid-murid di sini membuatkan anda merasa muda kerana mereka dapat duduk di sebelah anda sambil memegang bahu anda, dan berkata "seronok jika kita pergi ke sungai, jom cikgu.. saya ajar cikgu sesuatu." Sekian.

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular