Saturday, October 31, 2015

Musim hujan mengundang banyak...

Musim hujan yang berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan sekolah didatangi serangga dan haiwan yang larang kita lihat di kawasan sekolah. Air hujan yang memenuhi sarang serangga menyebabkan banyak serangga keluar untuk mencari tempat berlindung. Ada juga haiwan seperti katak keluar setelah lama bersembunyi untuk merayakah musim hujan dengan memakan serangga-serangga yang lepak keluar dari tempat mereka bersembunyi.

Antara serangga yang menyelamatkan diri dari hujan. Kasihan.

Katak yang memanggil hujan?
Guru hendaklah sentiasa mengingatkan murd supaya berhati-hati semasa bermain. Pastikan mereka menggunakan alas kaki supaya tidak disengat oleh serangga. Sebelum tidur, pastikan tempat mereka bebas dari serangga dan haiwan. Adakalanya, ada reptilia dan amphabia bersembunyi di dalam selimut dan di dalam kasut. Sekian.

Seronok Belajar Menjahit

Guru hendaklah menyampaikan P&P yang menarik dan memberi pengalaman yang baru kepada murid. SK Nanga Ju sentiasa mencuba yang terbaik untuk mendedahkan murid-murid dengan ilmu baru berdasarkan apa yang telah disarankan oleh kementerian. Namun, ilmu tambahan juga tidak dilupakan dalam mengamalkan 5P di dalam kelas.

Murid-murid dahagakan ilmu baru

Guru menjadi pemudah cara

Berpusatkan murid di dalam kelas yang kondusif + Cantik

Gambar di atas adalah gambar semasa cikgu Ainun mengajar murid-murid tahun 4 menjahit. Cuba teka matapelajaran apa yang ada mengajar kemahiran menjahit. Hehe.. Sekian.

Kompilasi Muka Depan Buletin Sekolah

Bukan mudah nak memerah idea untuk menghasilkan karya seni yang best serta bertemakan sekolah pedalaman. pemilihan warna dan jenis tulisan menjadi persoalan. Proses Artistik dan Estetik dijalankan ala-ala membuat kajian. Akhirnya aku ketemukan gaya yang sesuai dan mewakili sekolah ini. Mari lihat kompilasi muka depan Buletin sekolah SK Nanga Ju, Julau ( YBB6229 )

 





Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular