Showing posts with label Murid. Show all posts
Showing posts with label Murid. Show all posts

Monday, May 30, 2016

Maufakat bersama penjaga calon UPSR

Tahun ini SK Ng Ju, Julau mengetengahkan 4 orang calon untuk UPSR. Satu majlis permaufakatan antara penjaga telah diadakan. Bukan sahaja nasihat dan cadangan telah dikongsikan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tetapi guru dan penjaga telah berkongsi pandangan secara peribadi dalam membantu murid-murid yang memiliki pelbagai tahap kecerdasan. Majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun tidak melibatkan ramai ibu bapa dan penjaga.

Kita berharap segala yang dikongsikan dapat membuka minda masyarakat setempat tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kita juga berharap agar proses pembelajaran murid-murid tidak hanya berlaku di sekolah sahaja tetapi dapat diteruskan di rumah mereka. Semoga pencapaian tahun ini dapat membawa sekolah melonjak cemerlang. Sekian.

Saturday, November 21, 2015

Hari Sukan Yang Lalu

Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan kali ini. 2 minggu yang lalu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Ng Ju ) telah mengadakan sukan tara dan juga sukan PIBG. Pada hari tersebut ibu bapa dan murid-murid bersukan bersama-sama. Syukur kerana hari tersebut tidak hujan kerana jika hujan padang tersebut sememangnya menjadi sangat bercakap seperti paya.

Agak sukar untuk melihat keadaan sekolah ini sangat meriah jika dibandingkan dengan sekolah sekolah yang lain.  jumlah murid seramai 28 orang sahaja agak terlalu kecil untuk sebuah sekolah. Rata-rata daripada murid tersebut adalah saudara mara dan daripada 28 orang itu tidaklah kita mengharapkan jumlah ibu bapa yang ramai. Ibu bapa di sekolah ini memiliki seramai seorang sehingga empat orang anak yang bersekolah di sekolah ini. Pada hari tersebut tidak sampai 20 orang ibubapa yang hadir tetapi sokongan daripada masyarakat setempat menjadikan jumlah tersebut lebih banyak.

Terima kasih kepada masyarakat setempat yang sanggup menyokong aktiviti sekolah walaupun tiada anak yang berada di sekolah ini. Bila diselidiki balik mereka juga merupakan bekas murid di sekolah ini, tidak hairanlah jika mereka ingin menyertai program yang diadakan di sekolah yang terpencil ini. Sekian.

Tuesday, November 17, 2015

Mengesan Bakat Di Julau

13 November 2015 - Satu program mengesan bakat bersukan murid telah dijalankan di Julau. Sekolah Kebangsaan Nanga Ju telah menghantar seorang wakil iaitu adik Singka anak Desmond Sabar.

Beliau diuji untuk acara sepak Takraw. Banyak ujian telah diuji untul memastikan sama ada beliau layak untul masuk ke sekolah sukan atau tidak. Pada akhir hari tersebut, beliau tidak terpilih walaupun telah berusaha sebaik mungkin.

Ia merupakan satu langkah kecil buat beliau.Memandangkan masih banyak yang perlu dipelajari.Tahun depan,beliau akan meneruskan pelajaran di SMK Julau 2. Semoga pendedahan ini dapat membantu beliau dalam prosea menimba ilmu. Sekian.

Credits:

Thanks to guru Pengiring. Cikgu Simon July. ( photographer + PK-KK )

Thanks To PIBG yg sponsor tambang untuk adik Singka.

Thanks to guru pengiring yg sponsor makan minum dan penginapan adik Singka.

Monday, August 10, 2015

Perjuangan pendidik Sekolah pedalaman.

9 Ogos 2015 (Ahad)- Perjalanan ke sekolah hari ini sememangnya penuh dengan cabaran. Bukan semua orang berpeluang untuk menikmati pekerjaan bertali leher namun berpeluang juga mengembara di dalam hutan seperti dalam cerita pengembaraan di pangung wayang. Perjalanan hari ini sangat baik kerana tiada hujan dan redup. Dalam hati ini tiada kerisauan kerana aku ditemani Cikgu Darus anak kelahiran Kelantan.

Hari ini kami terkejut kerana terserempak dengan satu pemandangan yang menyentuh jiwa. Tak sangka ini yang mereka lalui selama ini. Berjalan kaki selama 2 jam demi menimba ilmu. Perasaan di hati mengunci mulutku, biarlah ku membantu mereka walaupun terpaksa berulang alik. Ku lihat wajah cikgu Darus, dia juga merasakan apa yang aku rasa sambil dirinya menganggukkan kepala. Biarkan gambar berbicara. - Chrisroyston B

Meredah belantara

Sesuatu yang tak terduga

Melihat mereka sedang berjalan

Ada yang berkaki ayam


Si kecil menghampiriKu

Kelihatan Wajahnya.. keletihan.

Jom cikgu..

Mari bawa mereka ni ke sekolah!


Nantikan episod yang akan datang.

Sunday, March 15, 2015

Firedrill Siri 1 ( 2 mangsa )

06 Mac 2015 - Sunyi sepi malam telah dikejutkan dengan bunyi loceng selama 1 minit dan kepulan asap buatan telah menjadikan suasana lebih realistik. Kelihatan murid-murid berlari dan menjerit menyebut api! Sememangnya malam ini merupakan malam yang tidak mereka duga adanya firedrill . Semua murid berkumpul di padang dalam masa kurang dari 45saat... KECUALI 2 orang murid lelaki yang tidur mati...












Setelah aktiviti dijalankan, warden telah menjalankan sedikit refleksi bersama dengan murid dibantu oleh PPM. Untuk pengetahuan semua, PPM tersebut telah merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Warden hanya membatu. En. Akeng telah banyak memberi buah fikiran untuk mempelbagaikan aktiviti di asrama. Thanks kepada beliau.

PPM bertugas : En. Akeng
Sumber gambar : En. Fadherulhisyam a.k.a Cikgu Darus
Warden bertugas : En. Jorge Gonzelez & En. Chrisroyston Bakum
Guru membantu : En. Clarence Casey

Saturday, January 17, 2015

Musim Hujan di SK Nanga Ju


Minggu pertama musim persekolah sememangnya diselimuti musim tengkujuh. Hujan yang turun menjadikan sungai tidak begitu cetek untuk dilalui. Murid-murid pula kelihatan seronok menangkap belalang dan serangga yang berterbangan melarikan diri setelah habitat mereka menjadi lopak air. Demikianlah kehidupan dan sedikit coretan tentang Sekolah Kebangsaan Nanga Ju untuk bulan Januari ini. 

Perjalanan sekitar 4 jam dari jeti kelihatan menyeronokkan. Makan di tepi sungai.

Murid-murid bermain di padang.

Ada yang tanya "Cikgu, bila kami akan ada I-Phone?"

Demikianlah beberapa keping gambar yang mewakili suasana di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju Julau dikala musim hujan membasahi dunia pedalaman. Semoga 2015 menjadi tahun yang lebih hebat dengan pelbagai pencapaian yang gemilang. Sekian.

Friday, July 4, 2014

Menerima 4 murid baru!

Pada bulan Jun yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Ju telah menerima empat orang murid baharu. Pihak sekolah berasa sangat gembira dengan kehadiran ahli baharu dalam komuniti sekolah ini. Semoga sekolah menjadi semakin meriah dengan adanya murid-murid ini.


Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular