Monday, August 10, 2015

Perjuangan pendidik Sekolah pedalaman.

9 Ogos 2015 (Ahad)- Perjalanan ke sekolah hari ini sememangnya penuh dengan cabaran. Bukan semua orang berpeluang untuk menikmati pekerjaan bertali leher namun berpeluang juga mengembara di dalam hutan seperti dalam cerita pengembaraan di pangung wayang. Perjalanan hari ini sangat baik kerana tiada hujan dan redup. Dalam hati ini tiada kerisauan kerana aku ditemani Cikgu Darus anak kelahiran Kelantan.

Hari ini kami terkejut kerana terserempak dengan satu pemandangan yang menyentuh jiwa. Tak sangka ini yang mereka lalui selama ini. Berjalan kaki selama 2 jam demi menimba ilmu. Perasaan di hati mengunci mulutku, biarlah ku membantu mereka walaupun terpaksa berulang alik. Ku lihat wajah cikgu Darus, dia juga merasakan apa yang aku rasa sambil dirinya menganggukkan kepala. Biarkan gambar berbicara. - Chrisroyston B

Meredah belantara

Sesuatu yang tak terduga

Melihat mereka sedang berjalan

Ada yang berkaki ayam


Si kecil menghampiriKu

Kelihatan Wajahnya.. keletihan.

Jom cikgu..

Mari bawa mereka ni ke sekolah!


Nantikan episod yang akan datang.

Thursday, August 6, 2015

5 Gambar Kisah Anak Pedalaman

Salam sejahtera kepada anda yang sedang meninjau blog bersahaja dari Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Kali ini kami ingin berkongsikan beberapa gambar yang bertemakan wajah anak pedalaman. Wajah inilah yang bakal mencorak masa hadapan dunia kelak. Sedar atau tak, kita tidak harus lalai dalam mencurahkan ilmu kepada mereka. Berikan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Tiada alasan untuk kita menidakkan apa yang dinikmati oleh murid-murid di bandar kepada mereka di pedalaman. Kemajuan dunia pendidikan sebaik-baiknya dinikmati bersama tanpa mengira lokasi sesebuah sekolah. Sekian.

Masa untuk belajar

Keseronokan dalam proses belajar.

Berdikari

"Baju Bibi basah." Kata Florence Bibi

Permainan di waktu lapang.

BERJAYA DAFTAR: BONUS + Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2015

Admin telah berjaya mendaftarkan blog ini untuk menyertai pertandingan...

Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2015!!

Walaupun line sangat perlahan di sekolah ini, namun kita berjaya juga mendaftarkan blog ini. Kini kita hanya menunggu maklum balas dari pihak yang menganjurkan pertandingan ini.

  Untuk sebarang maklumat sila layari:

http://edublogpict.blogspot.com/

 

Bonus. Gambar terbaik sepanjang tahun dari Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau.

 
Ronnie dan sepupunya

Tommy termenung merasakan hangatnya pijaran mentari.

Belajar Sains di luar kelas.

Komunikasi dan ABM yang sesuai

Terima kasih KKM.

Misteri alam dunia sungai.

Pertandingan Blog Berunsur Pendidikan UPSI

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog dari sekolah paling hulu di daerah Julau Sarawak. Kali ini Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Nanga Ju ) Telah menerima surat dari PPD berkaitan dengan pertandingan menghasilkan blog. Kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini. Menang kalah hal kemudian. yang penting, kita dapat membuka mata semua di luar sana tentang sekolah ini. Sekian! (^_^)





sila layari :

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular