Sunday, March 15, 2015

Firedrill Siri 1 ( 2 mangsa )

06 Mac 2015 - Sunyi sepi malam telah dikejutkan dengan bunyi loceng selama 1 minit dan kepulan asap buatan telah menjadikan suasana lebih realistik. Kelihatan murid-murid berlari dan menjerit menyebut api! Sememangnya malam ini merupakan malam yang tidak mereka duga adanya firedrill . Semua murid berkumpul di padang dalam masa kurang dari 45saat... KECUALI 2 orang murid lelaki yang tidur mati...












Setelah aktiviti dijalankan, warden telah menjalankan sedikit refleksi bersama dengan murid dibantu oleh PPM. Untuk pengetahuan semua, PPM tersebut telah merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Warden hanya membatu. En. Akeng telah banyak memberi buah fikiran untuk mempelbagaikan aktiviti di asrama. Thanks kepada beliau.

PPM bertugas : En. Akeng
Sumber gambar : En. Fadherulhisyam a.k.a Cikgu Darus
Warden bertugas : En. Jorge Gonzelez & En. Chrisroyston Bakum
Guru membantu : En. Clarence Casey

Ingin mencontohi tandas di Layar Betong

Berikut merupakan gambar tandas yang sangat unik bertemakan tandas di dalam taman. semoga gambar-gambar tersebut mampu memberi inspirasi kepada semua yang mambaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Ju Julau ( SK Ng Ju, Julau )


























Tuesday, March 3, 2015

25 / 03 / 2015 Bengkel PPPB

En. Amin @ Mamin ( Guru Besar SK Nanga JU ) menjadi speaker untuk program yang amat penting ini. Beliau telah berkongsi akan cara dan perkara untuk menyedia PPPB ( Profil Pembangunan Profesional Berterusan). Misi minggu ini adalah menwujudkan fail dan muka depan. Dari masa ke semasa, guru / pegawai hendaklah mengisi maklumat yang dikhendaki.

Isi fail adalah terdiri dari:
1. Peranan dan Tanggungjawab.
2. Pelan Pembangunan
3. Sumbangan Kepada Organisasi
4. Bahan Bukti P & P.
5. Anugerah / Pencapaian
6. Kepimpinan / Penilaian P & P

Berikut merupakan gambar semasa bengkel sedang dijalankan di Dewan Makan Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau.










Wajah Anak Nanga Ju Di SMK Julau

Siapa tak sayang murid? Demikianlah semangat Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. Jika ada kesempatan kami akan melawat bekas anak didik walaupun mereka telah melangkah jauh dari dunia sungai. Kebetulan mesyuarat telah diadakan di PPD Julau, ia membuka peluang untuk kami menjenguk anak murid kami. Nampaknya minggu ini mereka sedang menjalani ujian.

Memburu 3 orang anak murd di dalam lautan manusia.

Anak kesayangan PPM. Rudd Van.

Keling SK Nanga Ju. Mr. Juing.

Lautan Manusia. Tak seperti di SK Ng Ju.


Sunita Rawa. Dirindui oleh adik-adiknya.

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular