Sunday, July 12, 2015

9 jam Perahu demi Motivasi UPSR

Demi memotivasikan anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Kami telah menghantar mereka berserta dengan seorang guru pengiring untuk melalui perjalanan yang tidak akan dilupakan pada musim kemarau ini. Bukan motivasi UPSR sahaja mereka telah alami, tetapi motivasi untuk menawan sungai Mujok!

Kem motivasi peringkat Zon telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Lubok Asam. Mereka merupakan sekolah yang paling sibuk tahun ini. Dengan pelbagai agenda dan acara, mereka sememangnya harus mendapat pujian dari semua pihak. Congratz diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Lubok Asam yang diterajui En. Jantan anak Mit selaku Guru Besar sekolah berkenaan.

Rata-rata peserta dari SK Nanga Ju YBB 6229 merasakan program ini amat baik. Semua guru juga merasakan perubahan sikap murid-murid berkenaan setelah kembali dari kem tersebut. Semoga aktiviti ini mampu mempengaruhi prestasi UPSR mereka secara positif. Berikut merupakan gambar semasa menjalankan program berkenaan.

Kelihatan air sungai terlampau cetek.

Ada orang jatuh sungai semasa menarik perahu. Kawasan ni dalam sikit.

Siapa ada nampak ikan?


Hanya 4 sekolah yang menghantar wakil.


Ayam tambatan SK Nanga Ju.

Program motivasi yang menarik.

Semua mendapat sijil.


Asrama yang cantik.






Thanks kepada PIBG SK Nanga Ju, kerana telah menyediakan belanja dan sewa perahu untuk program ini. Tanpa sokongan PIBG, banyak program yang tidak dapat disertai oleh anak-anak di sini.

Semakin Bersemangat Di Bulan Puasa

Salam sejahtera kepada tuan puan yang sedang meluangkan masa dalam blog ini. Kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah Puasa kepada semua! Yeah! Saat ini kami mengambil peluang untuk mengucapkan juga Selamat Hari Raya Kepada semua rakyat Malaysia. Bukan khas kepada masyarakat Islam sahaja, tetapi kepada semua rakyat Malaysia. Kerana, kita menyambut hari yang indah dan mulia ini dalam suasana masyarakat yang majmuk. Kalau kat Sarawak, rata-rata kawan saya lepak ke rumah rakan-rakan yang beragama Islam, siap ada yang teman lepak ke Masjid / Surau sementara menunggu mood rumah terbuka! okay, usah berceloteh panjang, kita layan gambar guru di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau YBB 6229 di bulan puasa ni. - SK Ng Ju.

Rider-rider Nanga Ju.

Naik 4WD

Jom ke sekolah

Masih bersemangat setelah berjam-jam ride scrambler.

Dialog Prestasi

Senyuman ceria semasa puasa

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular