Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Monday, May 30, 2016

Maufakat bersama penjaga calon UPSR

Tahun ini SK Ng Ju, Julau mengetengahkan 4 orang calon untuk UPSR. Satu majlis permaufakatan antara penjaga telah diadakan. Bukan sahaja nasihat dan cadangan telah dikongsikan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tetapi guru dan penjaga telah berkongsi pandangan secara peribadi dalam membantu murid-murid yang memiliki pelbagai tahap kecerdasan. Majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun tidak melibatkan ramai ibu bapa dan penjaga.

Kita berharap segala yang dikongsikan dapat membuka minda masyarakat setempat tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kita juga berharap agar proses pembelajaran murid-murid tidak hanya berlaku di sekolah sahaja tetapi dapat diteruskan di rumah mereka. Semoga pencapaian tahun ini dapat membawa sekolah melonjak cemerlang. Sekian.

Pra Gawai

SK Ng Ju, Julau. Pra Gawai merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan dengan bantuan komuniti sekitar sekolah yang melibatkan masyarakat rumah panjang. Mereka juga terdiri daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid di sini.

Pada siang hari banyak program dijalankan. Program tersebut biasanya berunsurkan sukan dan permainan. Penglibatan pada tahun ini sangat meriah jika dibandingkan dengan dua tahun sebelum ini. Murid-murid kelihatan sangat seronok apabila melihat ibu bapa dan penjaga mereka hadir memeriahkan program pada hari tersebut.

Pada sebelah malamnya pula, majlis makan malam sempena Pra Gawai dijalankan di dewan PIBG. Pada waktu itu juga pasukan yang memenangi program pada siang hari tadi akan diberi hadiah. Aktiviti seperti cabutan bertuah dan memotong kek merupakan kewajipan kerana ia antara cara yang dapat mendatangkan pendapatan untuk PIBG. Hasil kutipan tersebut digunakan untuk membiayai perjalanan dan program yang melibatkan murid-murid di luar kawasan sekolah.

Tahun ini merupakan tahun yang amat meriah dan sangat baik. Kutipan pada hari tersebut diluar jangkaan. Stok minuman ringan juga tidak mencukupi kerana sambutan amat menggalakkan. Kemuncak kepada program ini adalah nyanyian lagu sponsor. Nyanyian ini juga telah membuat kutipan yang banyak dan dapat membantu sumber kewangan PIBG.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa serta penjaga kerana telah memeriahkan dan menjayakan program Pra Gawai pada tahun ini. Sekian.

Wednesday, May 18, 2016

Persediaan Pra Gawai

Hari Gawai merupakan perayaan yang sangat sinonim di Sarawak dengan penduduk asalnya disini iaitu orang Iban. Kementerian telah menjalankan program RIMUP di pelbagai peringkat sekolah. Program ini mengintegrasikan pelbagai kaum di bawah satu bumbung dunia pendidikan.

Ini merupakan satu daripada proses dan usaha kerajaan untuk membentuk negara bangsa. Negara bangsa yang kita idamkan hanya dapat dibentuk dari akar umbi pendidikan awal kanak-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, guru memainkan peranan yang penting untuk mempelbagaikan aktiviti di sekolah agar pendedahan berkonsepkan aktiviti budaya setempat dapat membuka minda murid-murid dan juga pegawai yang berlainan agama dan bangsa.

Sememangnya kita sebenarnya tergolong dalam satu bangsa. Bangsa yang saya maksudkan adalah bangsa Malaysia.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa orang pegawai sedang menyediakan piala untuk keramaian Pra Gawai yang bakal diadakan di SK Ng Ju, Julau. Sekian.Editor.

Sumber gambar: En.Amin @ Mamin Bin Chek. GB SK Ng Ju.

Sunday, November 29, 2015

Lawatan Ketua Pengarah JASA

30 Nov 2015- Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Ng Ju ) telah dilawat oleh Ybhg. Datuk Mohd Fuad Zarkashi iaitu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ). Beliau telah melawat sekolah ini semantara menunggu tentatif untuk tujuan utama mereka, iaitu untuk melawat rumah panjang, Rh. Gerasi Nanga Ju.

Beliau telah disambut oleh masyarakat setempat dan beberapa orang pegawai di SK Ng Ju. Cikgu Julaihei selaku PK-1 telah memberikan beliau beberapa maklumatbmengenai sekolah ini. Beliau telah berkongsi pendapat tentang dunia pendidikan.

Kehadiran beliau telah disertai oleh lebih dari 20 orang pegawai dan wakil dari RTM. 10 buah perahu telah membawa mereka semua kemari.

Beliau yang ditemani isteri kelihatan begitu mesra dengan semua yang hadir di sini. Mereka makan semeja dan saling bertukar cerita sebelum meneruskan program yang akan berlangsung di sebelah malam bertempat di Rumah Panjang Tr.Gerasi Nanga Ju. Sekian.

Saturday, November 21, 2015

Hari Sukan Yang Lalu

Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan kali ini. 2 minggu yang lalu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Ng Ju ) telah mengadakan sukan tara dan juga sukan PIBG. Pada hari tersebut ibu bapa dan murid-murid bersukan bersama-sama. Syukur kerana hari tersebut tidak hujan kerana jika hujan padang tersebut sememangnya menjadi sangat bercakap seperti paya.

Agak sukar untuk melihat keadaan sekolah ini sangat meriah jika dibandingkan dengan sekolah sekolah yang lain.  jumlah murid seramai 28 orang sahaja agak terlalu kecil untuk sebuah sekolah. Rata-rata daripada murid tersebut adalah saudara mara dan daripada 28 orang itu tidaklah kita mengharapkan jumlah ibu bapa yang ramai. Ibu bapa di sekolah ini memiliki seramai seorang sehingga empat orang anak yang bersekolah di sekolah ini. Pada hari tersebut tidak sampai 20 orang ibubapa yang hadir tetapi sokongan daripada masyarakat setempat menjadikan jumlah tersebut lebih banyak.

Terima kasih kepada masyarakat setempat yang sanggup menyokong aktiviti sekolah walaupun tiada anak yang berada di sekolah ini. Bila diselidiki balik mereka juga merupakan bekas murid di sekolah ini, tidak hairanlah jika mereka ingin menyertai program yang diadakan di sekolah yang terpencil ini. Sekian.

Malam Apresiasi

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Beberapa hari yang lalu semua sekolah di daerah julau telah telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai malam yang dinanti-nantikan iaitu malam apresiasi. Pada malam tersebut banyak anugerah yang telah diberikan kepada sekolah yang cemerlang dan begitu juga sekolah yang perlu di beri dorongan.

Sekolah kita ( SK Nanga Ju ) telah menghantar beberapa orang wakil dari PIBG dan guru. Majlis berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan persembahan dari pegawai pegawai yang berkhidmat di daerah ini. Tahun ini sekolah kita mendapat anugerah untuk bahagian audit kewangan. Taniah kepada pegawai yang telah menguruskan bahagian kewangan sekolah begitu juga kepimpinan dari guru besar.

Banyak lagi anugerah yang mudah untuk dimenangi telah kita lihat pada malam tersebut. Antaranya anugerah asrama tercantik, anugerah tandas tercantik, anugerah pusat sumber tercantik, anugerah bilik guru tercantik, dan banyak lagi. Malam tersebut telah membuka lagi minda kita untuk menetapkan matlamat pada tahun 2016.

Malam tersebut juga merupakan malam ia amat membuka minda dimana kita sedar banyak pembaharuan dan banyak perkara yang perlu kita perbaiki. Perkara-perkara yang kecil yang kita telah terlepas pandang harus juga kita ambil kira di masa yang akan datang. Kita juga harus berani menghadapi apa yang kita tabur dan apa yang kita tuai. Sekian.

Duduk semeja dengan SK Merurun. ( Perbetulkan Saya Jika Salah Ejaan )
Bersama YDP PIBG SK Nanga Ju
Audit kewangan sekolah
Antara hadiah yang dimenangai oleh wakil sekolah kita.

Tuesday, November 17, 2015

Laluan Beratap Siap!

Tepat pada waktunya. Akhirnya laluan beratap untuk pejalan kaki akhirnya siap. Kerana sekarang adalah musim hujan. Berdasarkan laporan meteorology Malaysia. Musim hujan dijangka berlarutan sehingga bulan Mac.

Laluan beratap di sekolah ini sememangnya sudah ada sebelum ini. Cuma boleh dikira uzur. Kini ia telag dibaik pulih. Nampaknya keselesaan untuk warga sekolah terutamannya anak anak kecil semakin baik. Sekian.

Thanks to PIBG
Projek mula : 9-11 November 2015

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular