Thursday, December 11, 2014

Kemas Kini Blog Sekolah

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. Dengan ini, admin mengambil peluang untuk mengemaskini blog Sekolah sehingga 18 Desember. Memandangkan cuti sekolah sedang berlangsung, penulis / admin akan memasukkan beberapa penulisan berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan di sekolah dan beberapa maklumat penting tentang dunia pendidikan dari perspektif sekolah pedalaman. Nantikan penilisan seterusnya dalam minggu ini. Sekian.



Sunday, September 14, 2014

Draf 1. Peta Sekolah

Diselia Oleh : Amin @ Mamin ( Guru Besar )
Gambar Diambil oleh: Simon July ( Pk-KK )
Dilabel oleh: Chrisroyston Bakum


Merupakan Draf untuk peta Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. Admin akan kongsikan peta yang lebih kemas dan terkini selepas beberapa tapisan. Pesanan: Peta ini ringkas sahaja, belum ada arah mata angin dan skalanya.

Dari Udara By: Cikgu Simon July

Berikut merupakan pemandangan dari udara di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Gambar ini telah diambil oleh Cikgu Simon July Selaku PK-KK di sekolah ini. Pada saat ini, baru kita sedari bahawa dunia ini kelihatan teramatlah kecil dari atas sana. Kelihatan Rumah Panjang lebih luas dan megah daripada sekolah yang merendah diri ini.





Soalan Sudah Bocor Rupanya



Memandangkan sekolah ini jauh dari dunia luar, maka maklumat terkini pun akan sampai lewat. Namun syukur kerana pengesahan tentang isu soalan UPSR yang bocor telah didedahkan melalui TV. Berikut merupakan sedikit perkembangan berkaitan dengan isu kebocoran kertas soalan UPSR. Foward dari http://pilihan-anda.blogspot.com/


KUALA LUMPUR: Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang. 

"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. 

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. 

- Bernama

Sunday, September 7, 2014

Malam Doa UPSR

Kelihatan calon UPSR sedang memerhatikan tetamu yang tiba.

Pada 04 Sept 2014 yang lalu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( S.K Ng Ju ) telah mengadakan malam majlis doa untuk semua calon UPSR yang bakal menghadapi minggu yang amat penting dalam hidup mereka. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menyokong murid-murid dari pelbagai aspek termasuklah rohani.

Pada malam tersebut, Tuai Rumah Andrew telah mewakili YDP PIBG untuk menjalankan aktiviti berdoa. Pada masa yang sama, Guru Besar En. Amin dan Tuai Rumah telah memberikan beberapa kata dorongan kepada semua calon yang bakal menghadapi UPSR.

Selepas berdoa, semua tetamu termasuk ibu bapa serta penduduk kampung yang menghadiri majlis tersebut dijemput untuk menjamu selera.


Ucapan dari Tuai Rumah

Ucapan dari En. Amin Guru Besar S.K Nanga Ju, Julau

S.K Nanga Ju banyak Kucing

Sekolah Kebangsaan Nanga Ju merupakan sebuah sekolah yang kecil. Ia dibina di kawasan berbukit dan tiada pagar yang menjadi sempadan untuk menghalang haiwan-haiwan liar mendiami kawasan sekolah ini, termasuklah kucing yang jinak. Post kali ini tak panjang berjela-jela. Mari lihat gambar kucing di sekolah kami.










Selepas mengajar, terasa senang pula hati melihat gelagat kucing-kucing di sekolah. No more Stress.. Banyaknya kucing, tikus tiada..hehe.

Minggu Ujian dan Minggu UPSR


Minggu ini merupakan minggu UPSR dan murid-murid yang lain juga akan menjalani ujian pertengahan Penggal. Seperti biasa, kelas Tahun 5 akan dikosongkan memandangkan ia akan dijadikan bilik menunggu untuk calon UPSR. Pelajar tahun 5 akan dipindahkan ke Pusat Sumber untuk menjalani kelas / ujian. Selamat menduduki perperiksaan kepada semua murid-murid.

Penulis:
Lama dah tak update Blog tentang sekolah ni. Line internet tak beberapa bagus di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Ada cara lain untuk mengatasi masalah ini?

Friday, July 4, 2014

PROMAH

Berikut merupakan gambar-gambar semasa Program ProMah yang telah dadakan pada 15-18 Mei 2014. Program ini melibatkan enam buah sekolah dan ia merupakan satu daripada gerakan Menjulang Akedemik Julau.









Berikut merupakan sedikit maklumat tentang program ini.

Program ini merupakan salah satu daripada Gerakan Menjulang Akademik Julau. Program ini dilaksanakan di peringkat Zon Entabai yang melibatkan enam buah  sekolah iaitu SK Nanga Entabai , SK Nanga Maong , SK Nanga Ensiring , SK Lubok Asam , SK Tapang Punggu dan SK Nanga Ju .
            ProMah UPSR ini kan dilaksanakan dalam tiga fasa yang akan dikelolakan oleh tiga buah sekolah yang terpilih .Fasa Pertama di SK Nanga Maong , Fasa Kedua di SK Nanga Jud an Fasa Ketiga di SK Tapang Punggu .
            ProMah UPSR ini memfokuskan kepada murid-murid lemah tetapi berpotensi untuk meningkat dalam pelajaran. Murid-murid ini dikesan melalui keputuan ujian dan memperolehi satu atau dua mata pelajaran gagal sahaja atau murid yang mendapat keputusan yang tidak konsisten tetapi ada potensi untuk meningkat .
            Program ini menekankan empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains . Setiap mata pelajaran akan diwakili oleh seorang Jurulatih Utama yang telah dilantik  sebagai pemudah cara serta membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka .
            Pada tahun ini ProMah UPSR juga dilaksanakan serentak dengan murid-murid LINUS yang masih belum dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi . Murid-murid ProMah LINUS dipilih berdasarkan saringan yang dijalankan . Semoga dengan usaha in akan dapat membantu murid-murid LINUS  menguasai kemahiran 3M dengan lebih baik .


OBJEKTIF
  • Memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang sedia ada pada murid kumpulan HALUS Tahun 6
  • Membantu murid kumpulan HALUS ini untuk lulus dalam semua mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains.
  • Meningkatkan prestasi Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains diperingkat sekolah
  • Meningkatkan peratus kelulusan UPSR 2014 dan Gred Purata Daerah (GPD)

·        Sumber gambar: Cikgu Julaihi Mahdi ( Penolong Kanan-1 SK Nanga Ju, Julau )

Menerima 4 murid baru!

Pada bulan Jun yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Ju telah menerima empat orang murid baharu. Pihak sekolah berasa sangat gembira dengan kehadiran ahli baharu dalam komuniti sekolah ini. Semoga sekolah menjadi semakin meriah dengan adanya murid-murid ini.


Monday, June 9, 2014

Peta Sekolah

Berikut merupakan peta ringkas sekolah ini. Ia hanyalah lakaran kasar dan menunjukkan kedudukan bangunan yang terdapat di sekolah. Peta ini tidak mengikut skala yang tepat, namun jumlah dan vektor umum bangunan adalah seperti yang terdapat di sekolah. Peta disediakan oleh http://aku-lazy.blogspot.com/.
Peta SK Nanga Ju, Julau

Suasana kawasan SK Nanga Ju, Julau

Sunday, May 25, 2014

Berjuang Di Pedalaman

Gambar Guru dan Kaki Tangan Sokongan. Pict By: Cikgu Julaihe. 

Terasing dari dunia serba moden dan jauh dari ketamadunan terkini bukanlah satu alasan untuk semua guru yang berkhidmat di pedalaman untuk mengelak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Senyuman dari raut wajah guru-guru yang tiba di sekolah ini menjelaskan bahawa mereka berusaha untuk membantu anak-anak di dunia "hulu" ini. Di sebalik senyuman itu juga tersimpan satu kekuatan yang menyembunyikan tanggungjawab yang sama dengan orang kebanyakan di bandar sana.

Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang sedang memerlukan perhatian, sememangnya mereka sentiasa merancang untuk menguruskan masa kembali ke bandar bagi memenuhi pelbagai keperluan. Guru pedalaman sememangnya harus tabah dalam menjalankan tanggungjawab dan harus sentiasa bertindak secara profesional.

Asil karya Cikgu Sulong.

Mereka dahagakan ilmu.

Keadaan sunyi dan tenang.
Apa-apapun, selamt hari guru saya ingin ucapkan kepada semua guru. Jalankan tugas dengan penuh amanah kerana ia merupakan satu keutamaan. Adakalanya kita harus mengenepikan soal peribadi dalam membuat keputusan demi kepentingan institusi pendidikan. Saya yakin, perjuangan para guru di pedalaman penuh dengan cerita dan tidak ramai yang mengetahui kisah yang tercipta. Jalankan tugas dengan penuh komitment dan cintai sekolah itu. Agar segala yang dilaksanakan menjadi lebih menarik dan sesuai dengan keadaan geografi serta sosial sekolah. Sekian.

Perjalanan di sungai

SK Nanga Ju ( Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau) merupakan sebuah sekolah yang terletak di sungai Mujok. Ia merupakan sekolah yang paling jauh di bahagian Julau selepas SK Nanga Maong. Perahu merupakan pengangkutan utama untuk tiba ke sekolah ini.

Perjalanan di sungai bukanlah satu pilihan yang boleh dielakkan jika hendak berhubung dengan dunia luar. Setelah seminggu berada di sekolah, adakalanya komunitinya keluar untuk mendapatkan bekalan makanan. Jika tiba hujung bulan, semua pula keluar untuk menguruskan hal-hal pembayaran seperti loan dan servis (Astro, Kereta, Rumah, Bank in anak yang study jauh dan lain-lain ). Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil semasa perjalan keluar dari sekolah.

Suasana mendung di sungai.












Friday, May 23, 2014

Malam Mantar Gawai


Repost Aktiviti Sekolah:

Sekolah ini sentiasa mengadakan majlis makan malam Pra-Gawai untuk merayakan Hari Gawai yang bakal tiba. Jika sebelum ini sekolah menggunakan bahasa pinjaman untuk aktivti bercirikan budaya orang Iban, kali ini pihak exco PIBG telah bersetuju menggantikan Malam Pra-Gawai kepada Malam Mantar Gawai. Sambutan tersebut telah diadakan pada 21.Mei.2014 bertempat di dewan serbaguna PIBG.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pertandingan menympit, badminton beregu, bola sepak dan sepak takraw. Nantikan Album Pra-Gawai yang akan dimuat naik minggu ini. Sekian.

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular