Berikut merupakan gambar-gambar semasa Program ProMah yang telah dadakan pada 15-18 Mei 2014. Program ini melibatkan enam buah sekolah dan ia merupakan satu daripada gerakan Menjulang Akedemik Julau.
Berikut merupakan sedikit maklumat tentang program ini.
Program
ini merupakan salah satu daripada Gerakan Menjulang Akademik Julau. Program ini
dilaksanakan di peringkat Zon Entabai yang melibatkan enam buah sekolah iaitu SK Nanga Entabai , SK Nanga
Maong , SK Nanga Ensiring , SK Lubok Asam , SK Tapang Punggu dan SK Nanga Ju .
ProMah UPSR ini memfokuskan kepada
murid-murid lemah tetapi berpotensi untuk meningkat dalam pelajaran.
Murid-murid ini dikesan melalui keputuan ujian dan memperolehi satu atau dua
mata pelajaran gagal sahaja atau murid yang mendapat keputusan yang tidak
konsisten tetapi ada potensi untuk meningkat .
Program ini menekankan empat mata
pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains .
Setiap mata pelajaran akan diwakili oleh seorang Jurulatih Utama yang telah
dilantik sebagai pemudah cara serta
membantu murid dalam meningkatkan kefahaman mereka .
Pada tahun ini ProMah UPSR juga
dilaksanakan serentak dengan murid-murid LINUS yang masih belum dapat menguasai
kemahiran literasi dan numerasi . Murid-murid ProMah LINUS dipilih berdasarkan
saringan yang dijalankan . Semoga dengan usaha in akan dapat membantu
murid-murid LINUS menguasai kemahiran 3M
dengan lebih baik .
OBJEKTIF
- Memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang sedia ada pada murid kumpulan HALUS Tahun 6
- Membantu murid kumpulan HALUS ini untuk lulus dalam semua mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains.
- Meningkatkan prestasi Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains diperingkat sekolah
- Meningkatkan peratus kelulusan UPSR 2014 dan Gred Purata Daerah (GPD)
· Sumber gambar: Cikgu Julaihi Mahdi ( Penolong Kanan-1 SK Nanga Ju, Julau )