Sunday, September 14, 2014

Draf 1. Peta Sekolah

Diselia Oleh : Amin @ Mamin ( Guru Besar )
Gambar Diambil oleh: Simon July ( Pk-KK )
Dilabel oleh: Chrisroyston Bakum


Merupakan Draf untuk peta Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. Admin akan kongsikan peta yang lebih kemas dan terkini selepas beberapa tapisan. Pesanan: Peta ini ringkas sahaja, belum ada arah mata angin dan skalanya.

Dari Udara By: Cikgu Simon July

Berikut merupakan pemandangan dari udara di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Gambar ini telah diambil oleh Cikgu Simon July Selaku PK-KK di sekolah ini. Pada saat ini, baru kita sedari bahawa dunia ini kelihatan teramatlah kecil dari atas sana. Kelihatan Rumah Panjang lebih luas dan megah daripada sekolah yang merendah diri ini.





Soalan Sudah Bocor Rupanya



Memandangkan sekolah ini jauh dari dunia luar, maka maklumat terkini pun akan sampai lewat. Namun syukur kerana pengesahan tentang isu soalan UPSR yang bocor telah didedahkan melalui TV. Berikut merupakan sedikit perkembangan berkaitan dengan isu kebocoran kertas soalan UPSR. Foward dari http://pilihan-anda.blogspot.com/


KUALA LUMPUR: Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang. 

"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. 

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. 

- Bernama

Sunday, September 7, 2014

Malam Doa UPSR

Kelihatan calon UPSR sedang memerhatikan tetamu yang tiba.

Pada 04 Sept 2014 yang lalu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( S.K Ng Ju ) telah mengadakan malam majlis doa untuk semua calon UPSR yang bakal menghadapi minggu yang amat penting dalam hidup mereka. Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menyokong murid-murid dari pelbagai aspek termasuklah rohani.

Pada malam tersebut, Tuai Rumah Andrew telah mewakili YDP PIBG untuk menjalankan aktiviti berdoa. Pada masa yang sama, Guru Besar En. Amin dan Tuai Rumah telah memberikan beberapa kata dorongan kepada semua calon yang bakal menghadapi UPSR.

Selepas berdoa, semua tetamu termasuk ibu bapa serta penduduk kampung yang menghadiri majlis tersebut dijemput untuk menjamu selera.


Ucapan dari Tuai Rumah

Ucapan dari En. Amin Guru Besar S.K Nanga Ju, Julau

S.K Nanga Ju banyak Kucing

Sekolah Kebangsaan Nanga Ju merupakan sebuah sekolah yang kecil. Ia dibina di kawasan berbukit dan tiada pagar yang menjadi sempadan untuk menghalang haiwan-haiwan liar mendiami kawasan sekolah ini, termasuklah kucing yang jinak. Post kali ini tak panjang berjela-jela. Mari lihat gambar kucing di sekolah kami.










Selepas mengajar, terasa senang pula hati melihat gelagat kucing-kucing di sekolah. No more Stress.. Banyaknya kucing, tikus tiada..hehe.

Minggu Ujian dan Minggu UPSR


Minggu ini merupakan minggu UPSR dan murid-murid yang lain juga akan menjalani ujian pertengahan Penggal. Seperti biasa, kelas Tahun 5 akan dikosongkan memandangkan ia akan dijadikan bilik menunggu untuk calon UPSR. Pelajar tahun 5 akan dipindahkan ke Pusat Sumber untuk menjalani kelas / ujian. Selamat menduduki perperiksaan kepada semua murid-murid.

Penulis:
Lama dah tak update Blog tentang sekolah ni. Line internet tak beberapa bagus di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Ada cara lain untuk mengatasi masalah ini?

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular