Wednesday, January 21, 2015

Majlis Penyerahan Bag 1 Malaysia

21. Januari. 2015. Rabu - Perhimpunan mingguan telah diadakan di dewan PIBG Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Pihak sekolah telah mengambil peluang ini untuk mengedarkan bag sekolah 1 Malaysia kepada murid-murid tahap dua.

 Bag tersebut telah diberikan kepada murid dalam slot PK-Hem yang dikendalikan oleh CIkgu Tambi anak Nanang dan disampaikan oleh Cikgu Amin @ Mamin Bin haji Chek selaku Guru Besar Sekolah ini. Ini merupakan satu sumbangan dari kementerian untuk membantu murid-murid memulakan sesi persekolahan. Selain itu, kementerian juga telah memberikan bantuan kewangan awal persekolahan kepada setiap orang murid.








Gambar Riadah Petang Memetik Rambutan

Januari yang bertuah kerana rambutan di sekolah kebangsaan Nanga Ju sedang berbuah lebat. Semasa aktiviti keceriaan, semua warga sekolah telah mengambil peluang ini untuk menikmati keenakkan buah rambutan tersebut. Kelihatan senyuman pada wajah anak-anak. Inilah saat kita merasakan hubungan kekeluargaan di tengah hutan belantara terasa erat. Sekian.









Saturday, January 17, 2015

Lirik Lagu Sekolah Nanga Ju

Berikut merupakan Lirik lagu sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Lagu ini telah lama dicipta. Dengan rentak marching. Lagu ini sememangnya rancak dan agak aggressive pada awalannya. - Wow! Pandai semacam editor memberi ulasan.


Tajuk: Nanga Ju Aman Dan Damai ( Aman dan Damai)

Kami murid sekolah SK Ng Ju
Sekolah berdiri megah aman dan damai
Tempatnya indah penuh dengan tumbuhan 
Air yang jernih sejuk menyegarkan


Murid-murid riang bergembira
Disamping guru yang tercinta
Kami berjanji rajin belajar
Mencapai cita mulia


Kami murid sekolah sk ng ju
Sekolah berdiri megah aman dan damai...



Tahun baru Guru Baru?



Siapakah agaknya?

Bunyinya semacam tapi itulah hakikatnya. Bukan bermakna guru yang sedia ada harus ditukar, tetapi guru yang telah berpindah hendaklah diisi kekosongannya. Apa-apapun, murid-murid sejak awal minggu tadi dah tertanya-tanya siapa yang bakal menggantikan cikgu Diyana dan cikgu Sulong yang telah berpindah pada tahun 2014. Terima kasih diucapkan kepada dua orang guru berkenaan setelah berkhidmat dan menabur bakti di sekolah yang paling jauh di area Julau. Semoga perjalanan guru yang baru ke sekolah ini dipermudahkan, dan untuk yang telah berpindah.. semoga berbahagian di samping keluarga yang tercinta. Hahaha! Semoga success  semua!


Cikgu Sulong
Panatia Bahasa Malaysia
Guru Kelas Tahun 6 (2014)
Pengkarya Arca SK Nanga Ju
Orangnya Peramah dan penyabar.


Cikgu Diyana ( Sebut Diana kata murid-murid dia )
Panatia Sains
Guru Kelas Tahun 4 ( 2014 )
Pakar dalam buat Kertas Kerja program / Aktiviti
Disayangi anak muridnya.

Siapakah yang bakal mengisi Kekosongan guru di sekolah ini? Mari kita tunggu update terkini dari SK Nanga Ju berhubung isu ini. Sekian.

Musim Hujan di SK Nanga Ju


Minggu pertama musim persekolah sememangnya diselimuti musim tengkujuh. Hujan yang turun menjadikan sungai tidak begitu cetek untuk dilalui. Murid-murid pula kelihatan seronok menangkap belalang dan serangga yang berterbangan melarikan diri setelah habitat mereka menjadi lopak air. Demikianlah kehidupan dan sedikit coretan tentang Sekolah Kebangsaan Nanga Ju untuk bulan Januari ini. 

Perjalanan sekitar 4 jam dari jeti kelihatan menyeronokkan. Makan di tepi sungai.

Murid-murid bermain di padang.

Ada yang tanya "Cikgu, bila kami akan ada I-Phone?"

Demikianlah beberapa keping gambar yang mewakili suasana di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju Julau dikala musim hujan membasahi dunia pedalaman. Semoga 2015 menjadi tahun yang lebih hebat dengan pelbagai pencapaian yang gemilang. Sekian.

Persediaan Menghadapi UPSR

Seperti lautan, adakala airnya pasang dan tikanya surut juga. Demikianlah kehidupan, setelah mendengar cerita dan perkongsian dari komuniti di sekolah ini. Editor mendapati berlakunya turun naik prestasi untuk Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau ini. Tidak bermakna kita berserah kepada apa yang telah berlalu. Datangnya semua penjawat Awam ke sekolah ini adalah untuk membuat perubahan ke arah kebaikan untuk semua anak-anak di sekolah ini. - Editor

Minggu ini telah bermulanya tindakan untuk guru-guru matapelajaran UPSR menjalankan kelas tambahan. Ia bertujuan untuk memperbaiki prestasi sekolah dan menganjak SK Ng Ju lebih ke hadapan dari aspek Akedemik.

Jadual kelas tambahan 2015

Suasana Kelas Di Minggu Pertama 2015

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Ju Julau. Minggu yang indah ini dipenuhi dengan senyuman. Kelihatan adik-adik tahun satu kita berseronok dengan musim persekolahan mereka. Senyuman mereka menjadi kuasa kepada semua tenaga pengajar di SK Ng Ju untuk menjadikan 2015 lebih unik dan menarik berbanding tahun-tahun yang sudah.

Cikgu Tambi Anak Nanang sedang mengajar tahun 5.

Guru Kelas Tahun 6 2015. Cikgu Jorge.

Kelas yang paling sedikit ahlinya. Cikgu Julaihe bersama anak-anak tahun 3.

Tahun 4 merupakan kelas yang paling ramai murid. Suasana rehat.
2015 Transformasi Sekolah Kebangsaan Nanga Ju

Wednesday, January 14, 2015

Minggu Pertama Selepas Cuti

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan nanga Ju, Julau. Hello semua, Sekolah dibuka pada 12. Januari, 2015 ( Isnin ) seminggu lebih lewat dari tarikh asal. Banjir buruk telah melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Beberapa orang guru di sekolah ini juga telah menjadi mangsa bencana alam ini. Apa-apapun, kami dari SK Ng Ju mendoakan semua mangsa dipermudahkan segala urusan sepanjang recover dari kesan banjir ini. Selamat Tahun Baru.

Gambar murid-murid - Sumber Google
Edit: Aku Malas

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular