Sunday, February 28, 2016

Konvoi di musim hujan

Hari ini kami telah berkonvoi masuk ke sekolah. Ternyata cuaca tidak menyebelahi kami pada hari ini. Suasana hangat dari Pasar Pakan akhirnya dihiasi hujang selang seli sepanjang laluan dari jalan Entabai ke bukit Seri.

Untuk masuk ke SK Nanga Ju pada hari ini.kami memerlukan masa yang lebih panjang disebabkan laluan yang amat licin. Kami berkonvoi untuk memastikan semua pegawai selamat dan tiada yang terkandas. Syukur kerana perjalanan hari ini berjaya sampai ke destinasi.sekian.

Wahai Cikgu Scrambler

Sekolah ini merupakan antara sekolah yang disinonimkan dengan jentera scrambler seperti sekolah yang jauh di daerah Julau. Sekolah Kebangsaaa Nanga Ju antara sekolah yang senada jentera pengangkutannya seperti SK Ulu Entaih, SK Ulu Entabai dan beberapa buah sekolah lagi. Mari kita lihat beberapa keping gambar dua orang guru yang menggunakan Scrambler ke SK Nanga Ju.

Riadah sejenak

Di waktu petang, kelihatan beberapa orang sedang bermain di dalam gelangan tertutup PIBG. Apa yang anda jangka dapat kami jalani untuk beriadah? Banyak yang dapat dilakukan selain bersukan. Antaranya berkaraoke dan mandi di sungai.

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular