Tuesday, November 5, 2019

New Admin!

Setelah sekian Lama Blog ini menyepi, kini kita aktif semula dengan bantuan Admin baru iaitu Cikgu Fedelis!! Semoga lepas ini, banyak khabar dari Hulu dapat kami kongsilan bersama di dunia maya ini. Sekian.

Monday, March 13, 2017

Perjalanan Hebat

Tidak sampai 24 jam satu video yang telah dimuat naik oleh seorang guru di dalam laman facebook telah menjadi viral. Video yang berdurasi selama 3 minit lebih ini mengisahkan tentang perjalanan guru dan pegawai yang berkhidmat di sebuah sekolah pedalaman di daerah julau Sarawak.

Thanks to Cikgu Delis.
Suara cikgu Mira kedengaran.

Video ini telah dikongsikan oleh ramai pihak dan pengguna facebook
Kenderaan pacuan empat roda yang telah berjaya menaiki bukit tersebut
Kenderaan kereta kecil di puncak bukit
Kenderaan yang cuba menyahut cabaran
Antara perjalanan yang ditempuhi oleh semua pegawai di sekolah ini
Satu-satunya guru wanita yang masih tinggal di sekolah tersebut dan yang lain telah berjaya berpindah
Suasana lembap dan hari hujan menyukarkan lagi perjalanan
Menggerunkan

Monday, May 30, 2016

Maufakat bersama penjaga calon UPSR

Tahun ini SK Ng Ju, Julau mengetengahkan 4 orang calon untuk UPSR. Satu majlis permaufakatan antara penjaga telah diadakan. Bukan sahaja nasihat dan cadangan telah dikongsikan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tetapi guru dan penjaga telah berkongsi pandangan secara peribadi dalam membantu murid-murid yang memiliki pelbagai tahap kecerdasan. Majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun tidak melibatkan ramai ibu bapa dan penjaga.

Kita berharap segala yang dikongsikan dapat membuka minda masyarakat setempat tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kita juga berharap agar proses pembelajaran murid-murid tidak hanya berlaku di sekolah sahaja tetapi dapat diteruskan di rumah mereka. Semoga pencapaian tahun ini dapat membawa sekolah melonjak cemerlang. Sekian.

Pra Gawai

SK Ng Ju, Julau. Pra Gawai merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan dengan bantuan komuniti sekitar sekolah yang melibatkan masyarakat rumah panjang. Mereka juga terdiri daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid di sini.

Pada siang hari banyak program dijalankan. Program tersebut biasanya berunsurkan sukan dan permainan. Penglibatan pada tahun ini sangat meriah jika dibandingkan dengan dua tahun sebelum ini. Murid-murid kelihatan sangat seronok apabila melihat ibu bapa dan penjaga mereka hadir memeriahkan program pada hari tersebut.

Pada sebelah malamnya pula, majlis makan malam sempena Pra Gawai dijalankan di dewan PIBG. Pada waktu itu juga pasukan yang memenangi program pada siang hari tadi akan diberi hadiah. Aktiviti seperti cabutan bertuah dan memotong kek merupakan kewajipan kerana ia antara cara yang dapat mendatangkan pendapatan untuk PIBG. Hasil kutipan tersebut digunakan untuk membiayai perjalanan dan program yang melibatkan murid-murid di luar kawasan sekolah.

Tahun ini merupakan tahun yang amat meriah dan sangat baik. Kutipan pada hari tersebut diluar jangkaan. Stok minuman ringan juga tidak mencukupi kerana sambutan amat menggalakkan. Kemuncak kepada program ini adalah nyanyian lagu sponsor. Nyanyian ini juga telah membuat kutipan yang banyak dan dapat membantu sumber kewangan PIBG.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa serta penjaga kerana telah memeriahkan dan menjayakan program Pra Gawai pada tahun ini. Sekian.

Wednesday, May 18, 2016

Persediaan Pra Gawai

Hari Gawai merupakan perayaan yang sangat sinonim di Sarawak dengan penduduk asalnya disini iaitu orang Iban. Kementerian telah menjalankan program RIMUP di pelbagai peringkat sekolah. Program ini mengintegrasikan pelbagai kaum di bawah satu bumbung dunia pendidikan.

Ini merupakan satu daripada proses dan usaha kerajaan untuk membentuk negara bangsa. Negara bangsa yang kita idamkan hanya dapat dibentuk dari akar umbi pendidikan awal kanak-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, guru memainkan peranan yang penting untuk mempelbagaikan aktiviti di sekolah agar pendedahan berkonsepkan aktiviti budaya setempat dapat membuka minda murid-murid dan juga pegawai yang berlainan agama dan bangsa.

Sememangnya kita sebenarnya tergolong dalam satu bangsa. Bangsa yang saya maksudkan adalah bangsa Malaysia.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa orang pegawai sedang menyediakan piala untuk keramaian Pra Gawai yang bakal diadakan di SK Ng Ju, Julau. Sekian.Editor.

Sumber gambar: En.Amin @ Mamin Bin Chek. GB SK Ng Ju.

Wednesday, May 4, 2016

Lawatan KKM. Edisi Gigi.

Bulan ini kita telah dilawati oleh KKM. Kali ini mereka bukanlah untuk merawat pesakit di sekitar kampung ini tetapi bertujuan untuk membantu pegawai di sekolah ini dalam memberi didikan awal penjagaan gigi.

Seringkali kita abaikan penjagaan gigi di peringkat awal usia. Cara memberus dan kekerapan menggosok gigi juga sering kita abaikan juga. Kehadiran mereka di sini membuatkan komuniti sekolah berasa sungguh gembira dan dan kami juga berasa terharu kerana masih ada pihak yang komited untuk membantu sekolah pedalaman.

Terima kasih atas sokongan dan bantuan dari semua pihak termasuklah pengurusan dan pibg yang menyambut pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi yang memberi bantuan secara langsung ataupun tidak langsung kami ucapkan jutaan terima kasih juga.

Tuesday, May 3, 2016

Guru Baru Yang Rajin

Salam salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog sekolah dari hulu ini. SK Nanga Ju, Julau telah mengalami banyak pergerakan pegawai pada tahun 2016. Cikgu Jason merupakan guru baru yang datang menggantikan beberapa orang guru yang telah berpindah pada awal tahun 2016.

Guru Yang Berpindah:
→ Cikgu Casey
→ Cikgu Simon July
→ Cikgu Roy

Selamat datang diucapkan kepada cikgu Jason yang ditugaskan untuk kali pertamanya dalam hidup beliau sebagai seorang guru. Beliau merupakan seorang guru yang komited dan berpegang teguh dalam prinsip kerohanian beliau.

Beliau telah diberikan tugas untuk menyambung kerja guru pusat sumber yang telah berpindah ke sekolah lain. Usaha beliau amat dihargai oleh masyarakat setempat dan komuniti sekolah. Kita berharap beliau akan terus berusaha membantu masyarakat pedalaman khususnya komuniti sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan.

Editor yakin bahawa SK Nanga Ju, Julau memiliki banyak peluang tahun ini. Editor mendoakan tahun 2016 merupakan satu tahun yang gemilang. Sekian.

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular