Thursday, June 11, 2015

Buletin sekolah mendapat perhatian JPN Sarawak?



Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. SK Ng Ju. YBB6229. PPD Julau telah memberi perhatian kepada penghasilan buletin sekolah dengan kerjasama PIBG. Bahagian PIBG di PPD telah menghantar salinan buletin tersebut ke JPN untuk dijadikan satu bentuk dokumentasi. Diharapkan, dengan adanya buletin ini sekolah ini dapat membuka tingkap kepada semua agensi dan mana-mana individu yang ingin menjenguk dunia pendidikan di salah satu sekolah berstatus P3 di Sarawak. Sekian.

Cover oleh:
Chrisroyston Bakum






Asrama Dibina Semula?

Terima kasih kepada kerajaan dan jabatan yang berkaitan terutamanya PPD Julau yang telah berusaha dalam mengkordinasi program baik pulih di Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. Sememangnya agak sukar untuk membawa alatan dan bahan binaan ke sekolah ini kerana keadaan jalannya memang sukar. Namun Projek yang dikatakan menelan kos melebihi Rm90k ini dapat juga dijalankan demi keselesaan anak-anak di hulu. Pihak PIBG di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Projek ini dijalankan semasa cuti sekolah Mei Jun. Semua barang ( almari / kipas / perhiasan / tilam dan bantal ) telah diangkut ke dewan PIBG untuk sementara waktu. Diharapkan projek ini siap sebelum sekolah dibuka pada 15 Jun 2015. Sekian.

Sumber Gambar:
Akeng anak Amieu ( PPM Sekolah Kebangsaan Nanga Ju YBB6229 )





Setelah Sekian Lama

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog sekolah dari pedalaman daerah Julau Sarawak ini. Sekolah yang paling hulu di daerah Julau, namun penulis yakin banyak lagi sekolah yang lebih jauh dan layak diberi P5 ( Setakat P3 jer jah ) Sekolah sedang mengalami perubahan positif. Dari masa ke semasa dengan berkat hasil bantuan guru dan ibu bapa, semuanya kelihatan baik-baik saja.

Pendidikan Yang Berkualiti
Murid-murid merupakan keutamaan sekolah ini. Kes disiplin sangat kurang berlaku dan pencapaian dari aspek Akedemik dan KK semakin meningkat. Ini merupakan usaha komuniti SK Ng Ju untuk mendukung impian negara. 

Sekolah Yang Ceria
Kebersihan, keselamatan dan keceriaan merupakan satu keutamaan. Walaupun jauh dari bandar untuk mendapatkan sumber bahan dan tenaga, semua pihak berusaha mengoptimakan penggunaan bahan terpakai dan berasaskan flora ( sumber dari hutan untuk hiasan )

Diet Terbaik Untuk Murid
Makanan di dewan merupakan satu keutamaan. Hanya di sekolah sahaja murid-murid akan menikmati diet seimbang 24jam. Rata-rata murid di sini menjadi berisi setelah bersekolah dalam jangka masa yang tertentu. ( Berisi tapi tak sampai obes / Fit dan menepati BMI )


Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular