Thursday, June 11, 2015

Setelah Sekian Lama

Posted on 5:01 AM by Chris Avilla

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog sekolah dari pedalaman daerah Julau Sarawak ini. Sekolah yang paling hulu di daerah Julau, namun penulis yakin banyak lagi sekolah yang lebih jauh dan layak diberi P5 ( Setakat P3 jer jah ) Sekolah sedang mengalami perubahan positif. Dari masa ke semasa dengan berkat hasil bantuan guru dan ibu bapa, semuanya kelihatan baik-baik saja.

Pendidikan Yang Berkualiti
Murid-murid merupakan keutamaan sekolah ini. Kes disiplin sangat kurang berlaku dan pencapaian dari aspek Akedemik dan KK semakin meningkat. Ini merupakan usaha komuniti SK Ng Ju untuk mendukung impian negara. 

Sekolah Yang Ceria
Kebersihan, keselamatan dan keceriaan merupakan satu keutamaan. Walaupun jauh dari bandar untuk mendapatkan sumber bahan dan tenaga, semua pihak berusaha mengoptimakan penggunaan bahan terpakai dan berasaskan flora ( sumber dari hutan untuk hiasan )

Diet Terbaik Untuk Murid
Makanan di dewan merupakan satu keutamaan. Hanya di sekolah sahaja murid-murid akan menikmati diet seimbang 24jam. Rata-rata murid di sini menjadi berisi setelah bersekolah dalam jangka masa yang tertentu. ( Berisi tapi tak sampai obes / Fit dan menepati BMI )


No Response to "Setelah Sekian Lama"

Leave A Reply

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular