Sunday, May 25, 2014

Berjuang Di Pedalaman

Gambar Guru dan Kaki Tangan Sokongan. Pict By: Cikgu Julaihe. 

Terasing dari dunia serba moden dan jauh dari ketamadunan terkini bukanlah satu alasan untuk semua guru yang berkhidmat di pedalaman untuk mengelak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Senyuman dari raut wajah guru-guru yang tiba di sekolah ini menjelaskan bahawa mereka berusaha untuk membantu anak-anak di dunia "hulu" ini. Di sebalik senyuman itu juga tersimpan satu kekuatan yang menyembunyikan tanggungjawab yang sama dengan orang kebanyakan di bandar sana.

Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang sedang memerlukan perhatian, sememangnya mereka sentiasa merancang untuk menguruskan masa kembali ke bandar bagi memenuhi pelbagai keperluan. Guru pedalaman sememangnya harus tabah dalam menjalankan tanggungjawab dan harus sentiasa bertindak secara profesional.

Asil karya Cikgu Sulong.

Mereka dahagakan ilmu.

Keadaan sunyi dan tenang.
Apa-apapun, selamt hari guru saya ingin ucapkan kepada semua guru. Jalankan tugas dengan penuh amanah kerana ia merupakan satu keutamaan. Adakalanya kita harus mengenepikan soal peribadi dalam membuat keputusan demi kepentingan institusi pendidikan. Saya yakin, perjuangan para guru di pedalaman penuh dengan cerita dan tidak ramai yang mengetahui kisah yang tercipta. Jalankan tugas dengan penuh komitment dan cintai sekolah itu. Agar segala yang dilaksanakan menjadi lebih menarik dan sesuai dengan keadaan geografi serta sosial sekolah. Sekian.

Perjalanan di sungai

SK Nanga Ju ( Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau) merupakan sebuah sekolah yang terletak di sungai Mujok. Ia merupakan sekolah yang paling jauh di bahagian Julau selepas SK Nanga Maong. Perahu merupakan pengangkutan utama untuk tiba ke sekolah ini.

Perjalanan di sungai bukanlah satu pilihan yang boleh dielakkan jika hendak berhubung dengan dunia luar. Setelah seminggu berada di sekolah, adakalanya komunitinya keluar untuk mendapatkan bekalan makanan. Jika tiba hujung bulan, semua pula keluar untuk menguruskan hal-hal pembayaran seperti loan dan servis (Astro, Kereta, Rumah, Bank in anak yang study jauh dan lain-lain ). Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil semasa perjalan keluar dari sekolah.

Suasana mendung di sungai.












Friday, May 23, 2014

Malam Mantar Gawai


Repost Aktiviti Sekolah:

Sekolah ini sentiasa mengadakan majlis makan malam Pra-Gawai untuk merayakan Hari Gawai yang bakal tiba. Jika sebelum ini sekolah menggunakan bahasa pinjaman untuk aktivti bercirikan budaya orang Iban, kali ini pihak exco PIBG telah bersetuju menggantikan Malam Pra-Gawai kepada Malam Mantar Gawai. Sambutan tersebut telah diadakan pada 21.Mei.2014 bertempat di dewan serbaguna PIBG.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pertandingan menympit, badminton beregu, bola sepak dan sepak takraw. Nantikan Album Pra-Gawai yang akan dimuat naik minggu ini. Sekian.

Friday, May 16, 2014

Hari Guru Di Dewan Serbaguna PIBG


Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa perhimpunan ringkas bersempena Hari Guru 2014 di SK Nanga Ju. Pihak pengurusan sekolah telah bersetuju untuk mengadakan sambutan yang lebih meriah pada 21 Mei 2014 serentak dengan sambutan Majlis PIBG Pra-Gawai. Ibu bapa pada hari tersebut berpeluang untuk menyambut bersama hari yang bermakna ini.

Adik-adik pra.

Perhimpunan khas di dewan serbaguna PIBG

Murid-murid kelihatan bersemangat.

Ucapan dari Guru Besar

Ucapan terima kasih cikgu.

Budak ambil gambar sampai nampak tangan.

Selamat Hari Guru

Sekolah menyambut Hari guru pada hari ini. Satu perhimpunan khas diadakan di dewan serbaguna dan dihadiri semua murid-murid. Acara bersalaman menjadi acara memberi hadiah. Kementerian telah menetapkan bahawa tema hari guru untuk tahun ini adalah " Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi"



Selamat hari guru kepada semua guru di S.K Nanga Ju, Julau. Jasa Mu sentiasa menjadi penyeri dunia pedalaman di sini. Salam Perpaduan dari PIBG dan selamat menyambut Hari Gawai yang bakal tiba.

Sunday, May 11, 2014

Tinta Editor ( Salam dari pedalaman )

Guru baru yang sedang menaiki perahu ke SK Nanga Ju.

Sedikit nukilan dari blogger / Editor untuk Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Perkongsian ilmu ini kita perluaskan lagi ruang lingkupnya. Semoga lebih banyak peluang untuk guru-guru dan masyarakat di luar sana  menyelami komitment kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan di seluruh negara tercinta.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua yang membaca blog SK Nanga Ju ini. Kelahiran Blog ini merupakan satu rahmat untuk tahun 2014 bagi sekolah ini kerana ia merupakan satu langkah untuk menyahut cabaran dunia digital dalam pendidikan semasa. Sehubungan dengan itu, arena pendidikan negara kita kian mengambil berat akan isu komunikasi dan sistem pengurusan yang bersifat digital. Banyak usaha yang telah dijalankan di peringkat sekolah, yang terkini adalah Sistem Pengurusan Sekolah. Yang juga dikenali dengan singkatan SPS.

Semua warga pendidik sangat tertarik dengan usaha kerajaan dalam merapatkan jurang teknologi dan komunikasi untuk semua sekolah tidak terkecuali sekolah pedalaman. SPS merupakan kaedah pengurusan melalui internet yang membolehkan semua maklumat umum di sekolah dapat dicapai melalui carian internet. Malahan ibu bapa juga dapat melihat keadaan bilik darjah serta aktiviti anak mereka melalui sistem ini. 2016 akan menjadi titik permulaan untuk SPS beroperasi.

Blog ini merupakan satu tanda sokongan dari pihak SK Nanga Ju dalam mendukung perjuangan pendidikan negara kita. Diharap perkembangan dunia pendidikan kita sentiasa seiring dengan peredaran dunia moden. Bukanlah satu alasan bagi sebuah sekolah pedalaman untuk tidak menyertai perkembangan yang dinikmati oleh mana-mana sekolah di bandar. Guru harus sentiasa berusaha mencari cara untuk membantu murid-murid tanpa mengira lokasi dan keadan geografi.

Semoga dengan lahirnya blog Sekolah Kebangsaan Nanga Ju dapat membuka ruang untuk kita berkongsi maklumat dan memahami keadaan dunia pendidikan di dunia pedalaman. Diharap blog ini juga dapat membantu profesion dan kebajikan guru melalui perkongsian isu-isu pendidikan dari sekolah pedalaman. Apa yang pasti blog SK Nanga Ju berkembang seiringan dalam memartabatkan profesion keguruan. Sekian...

Nantikan perutusan dari Guru Besar. (^_^)

Carta Organisasi SK Nanga Ju

CARTA ORGANISASI SK NANGA JU

Berikut merupakan carta organisasi SK Nanga Ju. Team Admin akan mengemas kini gambar dan maklumat carta organisasi dalam masa terdekat.



Update ( akan datang )



Wajah anak-anak di sini. Tiga rumah panjang menjadikan sekolah ini sebagai destinasi untuk zaman persekolahan anak mereka. Dengan sokongan mereka, segala aktiviti di sekolah ini menjadi semakin berkualiti dan bermakna walaupun jauh dari peradaban bandar moden.
Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua. Alangkah eloknya jika sesebuah sekolah itu mampu bercerita akan kisah mereka melalui majalah sekolah masing-masing. Begitu juga untuk kita berkongsi cerita melalui laman sesawang. Namun, dalam berkongsikan maklumat ini kita harus mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai murni. Agar segala perkongsian itu menjadi sesuatu yang berguna dan berunsur positif.


Terdapat banyak perkara yang akan dilengkapkan dalam blog ini ( SK Nanga Ju ) untuk kemudahan semua pihak. Sebagaimana majalah dan pengurusan laman web umum, blog ini juga harus memiliki pengenalan yang jelas seperti:
  • Lagu dan Logo sekolah
  • Carta Organisasi
  • Plan kawat kecemasan
  • Jadual berkaitan
  • Alamat serta nombor telefon penting
  • Takwim
  • Aktiviti sekolah
  • Dan lain-lain
Semua perkara ini akan diwujudkan untuk kemudahan semua pihak. Tidak dinafikan juga ada maklumat yang tidak dapat dikongsikan di dalam blog ini secara terbuka melainkan secara E-Mail sahaja. Semoga maklumat yang dikongsikan di sini dapat membuka mata dan membantu anda dalam untuk menghayati dunia pendidikan Malaysia untuk sekolah pedalaman. Sekian.



Kemudahan Beriadah Untuk Semua

Bertempat di, sudut kiri Dewan Serbaguna PIBG SK Nanga Ju satu ruang untuk beriadah telah disediakan untuk kemudahan semua. Diharap dari masa ke semasa kemudahan tersebut dapat ditambah dan dimanfaatkan sepenuhnya. Kemudahan sebegini amat membantu dalam meningkatkan kualiti latihan dan aktiviti fizikal di sekolah. Ia tidak terhad kepada aktiviti sukan semata-mata.





Info tambahan:

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan.
 
( Kokurikulum Kebangsaan ) telah memberi difinisi Kokurikulum. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11

Rujukan tambahan:

Minggu Ujian

Gambar Hiasan
12 - 16 Mei 2014 merupakan minggu ujian untuk semua kelas. Jadual telah diedarkan kepada semua guru. Kemudahan seperti meja dan kerusi telah disusun untuk memenuhi keperluan dan peraturan yang berkuatkuasa semasa ujain sedang dijalankan. Selamat menduduki ujian kepada murid-murid SK Nanga Ju dan juga Semua warga Sekolah di Malaysia.


Info Pengangkutan ( Perahu )

Perjalanan ke sekolah (SK Nanga Ju) ini mengambil masa selama 3-7 jam. Masa diambil sebaik sahaja perahu mula bertolak dari jeti di Nanga Entabai. Kos untuk menyewa sebuah perahu di sini adalah sekitar Rm200 (Tidak termasuk kos parking dan perjalanan ke jeti) Rm200 sudah dikira harga yang sangat murah, kerana penduduk setempat biasanya mengenakan kos sekitar Rm300 untuk sebuah perahu memandangkan harga minyak dan perkhidmatan kian meningkat.

Syukur kerana ada komuniti PIBG yang sentiasa menyokong usaha pendidikan di sini dan banyak membantu guru dan staf dari segi pengangkutan air.








Saturday, May 10, 2014

Suasana Asrama

Memandangkan blog ini masih baru. Kami akan mengemas kini beberapa maklumat yang penting berkaitan dengan sekolah ini dari masa ke semasa. Sementara itu, sila nikmati suasana di asrama sekolah yang hijau dan indah ini.

Murid-murid berehat sementara menunggu masa makan petang. Kelihatan jaket-jaket keselamatan tergantung di bawah asrama.






Sedikit Tentang SK Nanga Ju


SK Nanga Ju, Julau merupakan sekolah P3 yang terletak di Bahagian Julau. Sungai Mujok merupakan laluan utama untuk tiba di sekolah ini. Masa yang diperlukan untuk tiba di sekolah ini dari pekan Julau adalah sekitar 5 jam pada hari biasa dan 8-9 jam jika musim kemarau. Klik pada gambar di bawah untuk zoom pada peta.



Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular