Sunday, May 11, 2014
Tinta Editor ( Salam dari pedalaman )
Posted on 7:44 PM by Chris and Olivia Pakan
![]() |
| Guru baru yang sedang menaiki perahu ke SK Nanga Ju. |
Sedikit nukilan dari blogger / Editor untuk Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau. Perkongsian ilmu ini kita perluaskan lagi ruang lingkupnya. Semoga lebih banyak peluang untuk guru-guru dan masyarakat di luar sana menyelami komitment kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan di seluruh negara tercinta.
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua yang membaca blog SK Nanga Ju ini. Kelahiran Blog ini merupakan satu rahmat untuk tahun 2014 bagi sekolah ini kerana ia merupakan satu langkah untuk menyahut cabaran dunia digital dalam pendidikan semasa. Sehubungan dengan itu, arena pendidikan negara kita kian mengambil berat akan isu komunikasi dan sistem pengurusan yang bersifat digital. Banyak usaha yang telah dijalankan di peringkat sekolah, yang terkini adalah Sistem Pengurusan Sekolah. Yang juga dikenali dengan singkatan SPS.
Semua warga pendidik sangat tertarik dengan usaha
kerajaan dalam merapatkan jurang teknologi dan komunikasi untuk semua sekolah
tidak terkecuali sekolah pedalaman. SPS merupakan kaedah pengurusan melalui
internet yang membolehkan semua maklumat umum di sekolah dapat dicapai melalui
carian internet. Malahan ibu bapa juga dapat melihat keadaan bilik darjah serta
aktiviti anak mereka melalui sistem ini. 2016 akan menjadi titik permulaan
untuk SPS beroperasi.
Blog ini merupakan satu tanda sokongan dari pihak SK
Nanga Ju dalam mendukung perjuangan pendidikan negara kita. Diharap
perkembangan dunia pendidikan kita sentiasa seiring dengan peredaran dunia
moden. Bukanlah satu alasan bagi sebuah sekolah pedalaman untuk tidak menyertai
perkembangan yang dinikmati oleh mana-mana sekolah di bandar. Guru harus
sentiasa berusaha mencari cara untuk membantu murid-murid tanpa mengira lokasi
dan keadan geografi.
Semoga dengan lahirnya blog Sekolah Kebangsaan Nanga
Ju dapat membuka ruang untuk kita berkongsi maklumat dan memahami keadaan dunia
pendidikan di dunia pedalaman. Diharap blog ini juga dapat membantu profesion
dan kebajikan guru melalui perkongsian isu-isu pendidikan dari sekolah
pedalaman. Apa yang pasti blog SK Nanga Ju berkembang seiringan dalam
memartabatkan profesion keguruan. Sekian...
Nantikan perutusan dari Guru Besar. (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No Response to "Tinta Editor ( Salam dari pedalaman )"
Leave A Reply