Sunday, November 29, 2015

Lawatan Ketua Pengarah JASA

30 Nov 2015- Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Ng Ju ) telah dilawat oleh Ybhg. Datuk Mohd Fuad Zarkashi iaitu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ). Beliau telah melawat sekolah ini semantara menunggu tentatif untuk tujuan utama mereka, iaitu untuk melawat rumah panjang, Rh. Gerasi Nanga Ju.

Beliau telah disambut oleh masyarakat setempat dan beberapa orang pegawai di SK Ng Ju. Cikgu Julaihei selaku PK-1 telah memberikan beliau beberapa maklumatbmengenai sekolah ini. Beliau telah berkongsi pendapat tentang dunia pendidikan.

Kehadiran beliau telah disertai oleh lebih dari 20 orang pegawai dan wakil dari RTM. 10 buah perahu telah membawa mereka semua kemari.

Beliau yang ditemani isteri kelihatan begitu mesra dengan semua yang hadir di sini. Mereka makan semeja dan saling bertukar cerita sebelum meneruskan program yang akan berlangsung di sebelah malam bertempat di Rumah Panjang Tr.Gerasi Nanga Ju. Sekian.

Saturday, November 21, 2015

Selamat Bercuti

Banyak yang telah kita lalui sepanjang tahun 2015 ini. Kita juga mendengar banyak isu yang menarik dan hangat sepanjang tahun yang getir ini. Terutamanya apabila kita menghidupkan televisyen dan radio kita mendengar 2015 sememangnya tahun yang penuh dengan cabaran dan geloranya. Setiap perubahan dan pembaharuan sepanjang tahun 2015 ini memberi kesan yang besar kepada sekolah pedalaman, SK Nanga Ju tidak terkecuali.

Segala perancangan strategik yang telah dijalankan di peringkat sekolah sentiasa dikaji semula setelah perlaksanaannya. Namun seandainya terlalu banyak dasar yang perlu dilaksanakan bagi menyahut seruan yang kita turuti sepanjang masa sekolah pedalaman sesungguhnya lebih perlahan dan output nya kurang jika dibandingkan dengan sekolah yang lebih besar dan lebih banyak kakitangannya. Nama sekolah kami tidak pernah menolak dan sentiasa menyahut cabaran yang diberikan. Penulis sendiri berpendapat kesungguhan dan kesabaran pegawai yang berkhidmat di sekolah pedalaman harus dipuji kerana mereka terus dia menyokong dan meneruskan tanggungjawab di sekolah pedalaman.

2015 merupakan penanda aras kepada sekolah kami. Banyak perkara yang boleh diperbaiki dan ditingkatkan untuk tahun yang mendatang. Ramai juga yang berpendapat tahun ini sememangnya tahun yang mencabar namun masih ada aktiviti yang dapat dijalankan dengan jayanya walaupun kebanyakkannya dijalankan secara tergesa-gesa disebabkan kekangan masa dan kos. Disitu juga kita melihat siapa pegawai yang komited dah sanggup mengalas tanggungjawab tersebut dalam keadaan yang serba kekurangan. Agak terharu juga penulis melihat ramai pegawai yang sanggup mengeluarkan wang untuk menyokong aktiviti sekolah tanpa mengharapkan pembayaran balik.

Murid-murid pada tahun ini lebih terjaga dan kelihatan lebih seronok kerana banyak kemudahan telah dibaikpulih dan dibekalkan. Mungkin di mata orang lain pembaharuan tersebut agak kecil tetapi di sini semua barang harganya berlipat kali ganda lebih besar. Maka faham-fahamlah jika harga sebuah bangku di taman sama dengan harga 3 buah bangku diluar sana. ( penulis terkejut apabila pertama kali membeli telur satu papan disini dengan harga hampir mencecah dua puluh ringgit )

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tahun 2015. Tahun depan kita akan mencuba perkara yang lebih baru dengan cabaran yang sentiasa kunjung tiba. Janganlah kita mudah berputus asa dan hilang minat bekerja walaupun kita jauh dari peradaban dunia moden. Haruslah kita berusaha membekalkan perkhidmatan yang mampu mengekori apa lagi menyaingi sekolah yang ada di luar sana, walaupun kita sukar mendapatkan sumber sumber sehebat dunia diluar sana.

Diharapkan cuti sekolah ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Semoga murid-murid dan semua pegawai menjaga keselamatan sepanjang menimati cuti sekolah ini. Bagi pegawai yang menjaga sekolah dan masih berkhidmat sepanjang waktu cuti, kita doakan agar segalanya berjalan seperti yang dirancang. Marilah kita bersedia untuk menyahut tahun yang mendatang dengan komitmen dan motivasi air yang lebih jitu lagi. Sekian.

Sekolah yang kecil. Aman damai.
2015 diceriakan oleh 28 orang murid.
Suasana hijau
Perjalanan mencabar tetapi penuh dengan kisah flora dan fauna.
Belajar dan santai
Membimbing murid.

Hari Sukan Yang Lalu

Salam sejahtera kepada semua yang membaca penulisan kali ini. 2 minggu yang lalu Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Ng Ju ) telah mengadakan sukan tara dan juga sukan PIBG. Pada hari tersebut ibu bapa dan murid-murid bersukan bersama-sama. Syukur kerana hari tersebut tidak hujan kerana jika hujan padang tersebut sememangnya menjadi sangat bercakap seperti paya.

Agak sukar untuk melihat keadaan sekolah ini sangat meriah jika dibandingkan dengan sekolah sekolah yang lain.  jumlah murid seramai 28 orang sahaja agak terlalu kecil untuk sebuah sekolah. Rata-rata daripada murid tersebut adalah saudara mara dan daripada 28 orang itu tidaklah kita mengharapkan jumlah ibu bapa yang ramai. Ibu bapa di sekolah ini memiliki seramai seorang sehingga empat orang anak yang bersekolah di sekolah ini. Pada hari tersebut tidak sampai 20 orang ibubapa yang hadir tetapi sokongan daripada masyarakat setempat menjadikan jumlah tersebut lebih banyak.

Terima kasih kepada masyarakat setempat yang sanggup menyokong aktiviti sekolah walaupun tiada anak yang berada di sekolah ini. Bila diselidiki balik mereka juga merupakan bekas murid di sekolah ini, tidak hairanlah jika mereka ingin menyertai program yang diadakan di sekolah yang terpencil ini. Sekian.

Malam Apresiasi

Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca penulisan kali ini. Beberapa hari yang lalu semua sekolah di daerah julau telah telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai malam yang dinanti-nantikan iaitu malam apresiasi. Pada malam tersebut banyak anugerah yang telah diberikan kepada sekolah yang cemerlang dan begitu juga sekolah yang perlu di beri dorongan.

Sekolah kita ( SK Nanga Ju ) telah menghantar beberapa orang wakil dari PIBG dan guru. Majlis berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan persembahan dari pegawai pegawai yang berkhidmat di daerah ini. Tahun ini sekolah kita mendapat anugerah untuk bahagian audit kewangan. Taniah kepada pegawai yang telah menguruskan bahagian kewangan sekolah begitu juga kepimpinan dari guru besar.

Banyak lagi anugerah yang mudah untuk dimenangi telah kita lihat pada malam tersebut. Antaranya anugerah asrama tercantik, anugerah tandas tercantik, anugerah pusat sumber tercantik, anugerah bilik guru tercantik, dan banyak lagi. Malam tersebut telah membuka lagi minda kita untuk menetapkan matlamat pada tahun 2016.

Malam tersebut juga merupakan malam ia amat membuka minda dimana kita sedar banyak pembaharuan dan banyak perkara yang perlu kita perbaiki. Perkara-perkara yang kecil yang kita telah terlepas pandang harus juga kita ambil kira di masa yang akan datang. Kita juga harus berani menghadapi apa yang kita tabur dan apa yang kita tuai. Sekian.

Duduk semeja dengan SK Merurun. ( Perbetulkan Saya Jika Salah Ejaan )
Bersama YDP PIBG SK Nanga Ju
Audit kewangan sekolah
Antara hadiah yang dimenangai oleh wakil sekolah kita.

Selamat Jalan Cikgu

Salam sejahtera kepada semua murid-murid diluar sana begitu juga cikgu serta pegawai yang berkhidmat dalam dunia pendidikan. Murid-murid kelihatan gembira menikmati cuti sekolah yang telah tiba namun perjalanan kami pada hari jumaat tersebut kelihatan kelam dan disertai awan mendung tetapi tiada rintik-rintik hujan membasahi bumi. 

SK Nanga Ju melabuhkan tirai dengan kisah yang pelbagai di saat minggu terakhir sebelum cuti. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa keping gambar dan mungkin juga gambar terakhir untuk guru berkenaan di kawasan pendalaman ini. Andai beliau kembali ke sini sekali lagi kami mendoakan beliau kembali sebagai guru besar hahaha. Sekian.

Perjalanan dari SK Nanga Ju
Limpas Kem balak.
Tiba di dunia luar. Seronok melihat SK Nanga Engkamop.
Gambar kenang kenangan.

Thursday, November 19, 2015

Makan malam perpisahan?

Malam 19 November. Malam yang kita kenang bersama. Malam santai untuk merasakan nikmat duduk makan semeja bersama sebelum berpisah. Cikgu Casey, 6 tahun berkhidmat di SK Nanga Ju akan berpindah ke tempat asal beliau iaitu di Kuching. Beliau adalah guru Pra dan jurulatih bola sepak sekolah. SK Ng Ju adalah sekolah pertama beliau. Kehilangan beliau sular diganti.

Malam ini juga kita ingin meraikan murid-murid yang bakal melangkah ke alam SMK. Kita doakan semuanya berjaya di tempat baru. Sekian.

Cikgu Casey
GB menyerahkan tanda penghargaan
Makan makan

Thanks to:
SK Nanga Ju
En.Donny, En.Udam, Pn.Moi, Kak Aini dan yang lain kerana menyediakan menu malam ini.

Jalan gagal dibaiki

Pegawai SK Ng Ju dan wakil Rh.Gerasi Ng Ju berusaha membaiki laluan di Bukit batu setelah mengetahui laluan berkenaan telah terputus disebabkan tanah runtuh. Jika laluan tersebut gagal dibaiki,pegawai yang ingin keluar dan masuk tentu menghadapi masalah dalam perjalanan di tengah-tengah hutan belantara.

Namun,itu yang terjadi. Kepakaran dan sumber menjadi kekangan. Team yang membaiki laluan tersebut hanya dapat mengurangkan kerosakan jalan tersebut dengan membuka laluan dan menambah kayu sebagai tapak. Namun ia tidak memadai untuk menampung kenderaan berat.

Masa yang lebih panjang diperlukan untuk menyempurnakan kerja baik pulih ini. Jalan ini adalah tanggung jawab bersama. Bukan hanya Guru dan pegawai di sekolah ini sahaja menggunakannya. Tetapi orang di sekitar tempat ini. Mohon perhatian lepada seaiapa yang berkaitan untuk membantu dalam menyelenggara laluan ke sekolah lebangsaan Nanga Ju, Julau. Sekian.

Banyaknya kelulut
Cikgu +AKP dan orang dari rumah panjang
Semoga tidak hujan
Kelulut yang... Merimaskan

Kisah SK Nanga Ju

Wednesday, November 18, 2015

Tanah Runtuh Di Minggu Terakhir

November 2015- Musim hujan sememangnya mengundang banyak masalah semasa menjalani kehidupan di pedalaman. Masalah tersebut lebih membebankan pengguna jalan balak dan tidak lupa juga pegawai yang berkhidmat di sekolah pedalaman merupakan antara pengguna jalan tersebut.

Sebentar tadi kami baru menerima beberapa keping gambar di kawasan bukit. Penduduk setempat memberi nama kepada kawasan tersebut sebagai "bukit batu". Mungkin disebabkan kawasan tersebut terdapat banyak batu dan merupakan kawasan tanah tinggi oleh hal yang demikian and kawasan tersebut diberi nama bukit batu.

Keadaan ini menyukarkan pergerakan pegawai untuk keluar masuk pada minggu yang sama setelah selesai menjalankan tugas di luar sekolah.

Sukar dilalui
Menunggu masa untuk runtuh lagi
Kawasan merbahaya
Jauh dari aekolah dan pekan terdekat
Credits: 
Cikgu Jorge Gonzelez
En. Akeng

Thanks for the pict.

Perjalanan kian mencabar

Perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Nanga Ju ( SK Ng Ju ) semakin mencabar memandangkan sekarang merupakan musim hujan. Laluan yang berbukit serta berbatu menjadikan perjalanan kenderaan pacuan empat roda merupakan satu kemestian. Selain daripada mengunakan jalan darat para pegawai yang berkhidmat di SK Ng Ju boleh memilih sungai sebagai laluan alternatif pada musim hujan ini.

Berbeza jika dibandingkan dengan jalan darat laluan sungai menjadi lebih senang pada musim hujan kerana pegawai ataupun pengguna laluan sungai tidak perlu menarik perahu dikawasan yang cetek. Cuma apa yang membimbangkan apabila menggunakan laluan sungai pada musim hujan hanyalah "kebasahan" semasa menaiki bot panjang. Lain macam bunyinya tetapi itulah hakikat nya semasa menaiki bot panjang silap-silap haribulan buat yang tiada atap membuatkan kita basah kerana hujan dan basah disebabkan air sungai yang memercik masuk ke dalam bot panjang.

Tambang terkini untuk bot panjang adalah sekitar 400 ringgit untuk sebuah bot. Manakala untuk menaiki pacuan empat roda hanyalah 50 ringgit sekepala. Sebuah bot boleh memuatkan 4 orang sahaja dalam keadaan selesa.Sekian.

Gambar hiasan. Sumber Calvin Elizer from Pakan. ( pada hakikat nya laluan dalam gambar di atas tidaklah sedahsyat laluan ke sekolah kerana di sekolah tanah lumpur dan becak berada pada lereng bukit yang sering berlaku tanah runtuh. tetapi gambar tersebut sudah cukup untuk menggambarkan cabaran yang bakal menanti )

Tuesday, November 17, 2015

Differentiated learning instruction for writing

Kursus dijalankan di PPD Julau, Sarawak. Terdapat beberapa aktiviti yang sesuai untuk dijalankan untuk murid-murid yang alami masalah dalam pembelajaran mereka di sini dicadangkantempat aktiviti yang sesuai untuk dijalankan oleh murid LINUS.

Pertama adalah melabelkan muka depan buku cerita murid-murid diminta untuk melabelkan buku cerita menggunakan perkataan yang diberi. Kedua adalah Rebus Writing dimana murid-murid diminta untuk membaca ayat yang mengandungi gambar. Gambar tersebut akan ditukar kepada bentuk perkataan 

Ketiga adalah Panctuation dan keempat adalah crossword puzzle. Sekian.

Mengesan Bakat Di Julau

13 November 2015 - Satu program mengesan bakat bersukan murid telah dijalankan di Julau. Sekolah Kebangsaan Nanga Ju telah menghantar seorang wakil iaitu adik Singka anak Desmond Sabar.

Beliau diuji untuk acara sepak Takraw. Banyak ujian telah diuji untul memastikan sama ada beliau layak untul masuk ke sekolah sukan atau tidak. Pada akhir hari tersebut, beliau tidak terpilih walaupun telah berusaha sebaik mungkin.

Ia merupakan satu langkah kecil buat beliau.Memandangkan masih banyak yang perlu dipelajari.Tahun depan,beliau akan meneruskan pelajaran di SMK Julau 2. Semoga pendedahan ini dapat membantu beliau dalam prosea menimba ilmu. Sekian.

Credits:

Thanks to guru Pengiring. Cikgu Simon July. ( photographer + PK-KK )

Thanks To PIBG yg sponsor tambang untuk adik Singka.

Thanks to guru pengiring yg sponsor makan minum dan penginapan adik Singka.

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia

e-Operasi

Catatan Popular