Saturday, November 21, 2015
Selamat Bercuti
Banyak yang telah kita lalui sepanjang tahun 2015 ini. Kita juga mendengar banyak isu yang menarik dan hangat sepanjang tahun yang getir ini. Terutamanya apabila kita menghidupkan televisyen dan radio kita mendengar 2015 sememangnya tahun yang penuh dengan cabaran dan geloranya. Setiap perubahan dan pembaharuan sepanjang tahun 2015 ini memberi kesan yang besar kepada sekolah pedalaman, SK Nanga Ju tidak terkecuali.
Segala perancangan strategik yang telah dijalankan di peringkat sekolah sentiasa dikaji semula setelah perlaksanaannya. Namun seandainya terlalu banyak dasar yang perlu dilaksanakan bagi menyahut seruan yang kita turuti sepanjang masa sekolah pedalaman sesungguhnya lebih perlahan dan output nya kurang jika dibandingkan dengan sekolah yang lebih besar dan lebih banyak kakitangannya. Nama sekolah kami tidak pernah menolak dan sentiasa menyahut cabaran yang diberikan. Penulis sendiri berpendapat kesungguhan dan kesabaran pegawai yang berkhidmat di sekolah pedalaman harus dipuji kerana mereka terus dia menyokong dan meneruskan tanggungjawab di sekolah pedalaman.
2015 merupakan penanda aras kepada sekolah kami. Banyak perkara yang boleh diperbaiki dan ditingkatkan untuk tahun yang mendatang. Ramai juga yang berpendapat tahun ini sememangnya tahun yang mencabar namun masih ada aktiviti yang dapat dijalankan dengan jayanya walaupun kebanyakkannya dijalankan secara tergesa-gesa disebabkan kekangan masa dan kos. Disitu juga kita melihat siapa pegawai yang komited dah sanggup mengalas tanggungjawab tersebut dalam keadaan yang serba kekurangan. Agak terharu juga penulis melihat ramai pegawai yang sanggup mengeluarkan wang untuk menyokong aktiviti sekolah tanpa mengharapkan pembayaran balik.
Murid-murid pada tahun ini lebih terjaga dan kelihatan lebih seronok kerana banyak kemudahan telah dibaikpulih dan dibekalkan. Mungkin di mata orang lain pembaharuan tersebut agak kecil tetapi di sini semua barang harganya berlipat kali ganda lebih besar. Maka faham-fahamlah jika harga sebuah bangku di taman sama dengan harga 3 buah bangku diluar sana. ( penulis terkejut apabila pertama kali membeli telur satu papan disini dengan harga hampir mencecah dua puluh ringgit )
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tahun 2015. Tahun depan kita akan mencuba perkara yang lebih baru dengan cabaran yang sentiasa kunjung tiba. Janganlah kita mudah berputus asa dan hilang minat bekerja walaupun kita jauh dari peradaban dunia moden. Haruslah kita berusaha membekalkan perkhidmatan yang mampu mengekori apa lagi menyaingi sekolah yang ada di luar sana, walaupun kita sukar mendapatkan sumber sumber sehebat dunia diluar sana.
Diharapkan cuti sekolah ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Semoga murid-murid dan semua pegawai menjaga keselamatan sepanjang menimati cuti sekolah ini. Bagi pegawai yang menjaga sekolah dan masih berkhidmat sepanjang waktu cuti, kita doakan agar segalanya berjalan seperti yang dirancang. Marilah kita bersedia untuk menyahut tahun yang mendatang dengan komitmen dan motivasi air yang lebih jitu lagi. Sekian.
Catatan Popular
-
Tidak sampai 24 jam satu video yang telah dimuat naik oleh seorang guru di dalam laman facebook telah menjadi viral. Video yang berdurasi s...
-
SK Nanga Ju ( Sekolah Kebangsaan Nanga Ju, Julau) merupakan sebuah sekolah yang terletak di sungai Mujok. Ia merupakan sekolah yang paling ...
-
Gambar Guru dan Kaki Tangan Sokongan. Pict By: Cikgu Julaihe. Terasing dari dunia serba moden dan jauh dari ketamadunan terkini bukan...
-
Bukan mudah nak memerah idea untuk menghasilkan karya seni yang best serta bertemakan sekolah pedalaman. pemilihan warna dan jenis tulisan ...
-
Berikut merupakan gambar tandas yang sangat unik bertemakan tandas di dalam taman. semoga gambar-gambar tersebut mampu memberi inspirasi ke...
-
Salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog sekolah ini. Pada awal Feb 2015. Sekolah kami telah menerima dua orang guru baru: ...
-
CARTA ORGANISASI SK NANGA JU Berikut merupakan carta organisasi SK Nanga Ju. Team Admin akan mengemas kini gambar dan maklumat carta or...
-
Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Sekolah Kebangsaan Nanga Ju. SK Ng Ju. YBB6229. PPD Julau telah memberi perhatian kepa...
-
SK Nanga Ju, Julau merupakan sekolah P3 yang terletak di Bahagian Julau. Sungai Mujok merupakan laluan utama untuk tiba di sekolah ini....
-
Berikut merupakan peta ringkas sekolah ini. Ia hanyalah lakaran kasar dan menunjukkan kedudukan bangunan yang terdapat di sekolah. Peta ini...
No Response to "Selamat Bercuti"
Leave A Reply